Jumaat, 7 Oktober 2022 | 10:29pm
Pihak berkuasa sedang memantau paras air Sungai Buloh. - Foto hiasan NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Pihak berkuasa sedang memantau paras air Sungai Buloh. - Foto hiasan NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Sungai Buloh paras bahaya

PETALING JAYA: Paras air di lembangan, sublembangan dan Stesen Sungai Buloh di sini, pada paras bahaya.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata demikian di laman sosial 9.25 malam ini.

Lima kawasan di Selangor, Johor dan Melaka merekodkan bacaan aras air di tahap amaran, selepas hujan lebat.

Berdasarkan laman rasmi Public InfoBanjir kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), mencatatkan stesen Sungai Buloh di Paya Jaras, Selangor dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka berada di tahap amaran tetapi menunjukkan trend menurun.

Bacaan di stesen Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor serta Sungai Jimah, Port Dickson dan Sungai Linggi di Seremban, Negeri Sembilan berada pada tahap amaran dengan trend meningkat.

Sementara itu, 16 stesen lagi, masing-masing enam di Johor, manakala Negeri Sembilan (2), Melaka (1) dan Sarawak (7) pula direkodkan berada di tahap waspada.

Paras sungai meningkat selepas hujan beberapa jam. - Foto hiasan NSTP/NAZDY HARUN
Paras sungai meningkat selepas hujan beberapa jam. - Foto hiasan NSTP/NAZDY HARUN

Berita Harian X