Khamis, 22 Februari 2024 | 8:50am
Teknik, peralatan mekap dan kemahiran jurumekap mampu tukar penampilan paras rupa.
Teknik, peralatan mekap dan kemahiran jurumekap mampu tukar penampilan paras rupa.

Magis solekan, wajah nenek persis anak dara

KUALA LUMPUR: Kuasa dan magis solekan ternyata memang mampu mengubah wajah seseorang daripada kurang cantik, kusam dan kedut seribu kepada lebih berseri-seri serta mulus hinggakan ada yang boleh berubah sehingga 100 peratus.

Dengan menggunakan segala teknik kemahiran dan peralatan solekan, jurumekap boleh menghapuskan kedutan, cela dan noda yang ada pada wajah, namun ia hanya sementara saja sehinggalah mekap itu dicuci.

Hakikatnya, banyak dipaparkan di media sosial seperti di TikTok dan lain-lain, wajah individu daripada penampilan biasa-biasa bertukar persis bidadari apabila paras rupa disolek dengan sebegitu.

Contohnya, menerusi satu hantaran di TikTok oleh pemilik akaun Ari Izam, dapat dilihat bagaimana wajah seorang nenek yang menghampiri usia 70-an di Indonesia, disolek sebegitu baik sehingga hingga dirinya kelihatan seperti anak dara atau perawan.

@ariizam MAKEOVER NENEK2 JADI GADIS PERAWAN #MLBBM5 #GayaDiTikTok #SalingJaga #tiktokfashion #makeup #makeover #mua #makeupartist #fyp #fyp Jagung Rebus - Tasya (Cegil Nya Mas Rajif)

Paling ketara kedutan dan tona warna kulit yang gelap berubah 100 peratus apabila jurumekap mengaplikasi solekan dengan bedak asas yang tebal dalam usaha menutup cela pada wajah nenek itu.

Malah, bukan itu sahaja, jurumekap turut menggunakan sejenis pelekat pada wajah untuk menarik kedut seribu pada kulit wajah kelihatan tegang terutama di bahagian bawah mata.

Ia mungkin sejenis alat 'bantuan' yang perlu digunakan oleh jurumekap untuk memastikan solekan dilakukan itu kelihatan sempurna dan pelanggannya benar-benar berpuas hati.

Bagaimanapun, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa solekan seperti itu memang biasa dilihat pada pengantin di Indonesia terutamanya yang ingin kelihatan berseri-seri pada hari istimewanya itu.

Bagi pempengaruh kesihatan dan juga Pakar Obstetrik dan Ginekologi tempatan, Dr Imelda Balchin, berkata pada zaman kini solekan memang boleh mengubah wajah seseorang daripada lelaki kepada wanita dan tua kepada muda.

"Takut melihat solekan nenek ini. Punyalah tebal solekan yang dipakai.

"Siapa berkahwin dengannya memang kena tipu hidup-hidup. Sebab itulah anda jangan berkahwin dengan orang yang tidak dikenali.

"Macam cerita seram," katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya mengenai solekan nenek berkenaan.

Berita Harian X