Isnin, 29 Januari 2024 | 11:34am
Foto hiasan. - Foto REUTERS
Foto hiasan. - Foto REUTERS

Tak larat bawa beban di dada …

Sebilangan wanita sanggup buat apa sahaja untuk tampil seksi sehingga sanggup menjalani pembedahan membesarkan payudara.

Justeru, ada wanita yang membesarkan ukuran payudara bersaiz kecil, iaitu daripada A sehingga ke D berganda, F atau G bagi tujuan itu.

Namun, pembedahan kosmetik membabitkan pembesaran payudara ke saiz diingini itu kini sudah tidak popular dan bukan lagi menjadi pilihan untuk 2024.

Trend besarkan payudara tak popular lagi pada 2024, sebaliknya wanita lebih gemar buat pembedahan tegangkan muka dan leher. - Foto AGENSI.
Trend besarkan payudara tak popular lagi pada 2024, sebaliknya wanita lebih gemar buat pembedahan tegangkan muka dan leher. - Foto AGENSI.

Sebaliknya, pakar bedah kosmetik menjangkakan wanita lebih cenderung memfokuskan kepada bentuk payudara melalui prosedur pemulihan semula, berbanding saiz yang besar, sepanjang tahun ini.

Pakar bedah kosmetik juga menjangkakan trend pembedahan bagi menegangkan wajah dan leher turut menjadi fokus pada 2024 khususnya dalam kalangan wanita berusia 50-an.

Memetik laporan MailOnline yang menemubual Presiden Persatuan Bedah Plastik Estetik Britain, Marc Pacifico, mengesahkan pembedahan membesarkan payudara sudah tidak diminati lagi.

Malah beliau berkata, ada dalam kalangan wanita turut mengambil keputusan melakukan prosedur mengeluarkan implan payudara mereka.

"Wanita sudah 'penat' membawa payudara yang besar secara fizikal sebaliknya lebih menekankan bentuknya daripada saiz. Menjalani prosedur implan kini semakin kurang diminati.

"Sebaliknya, wanita dalam usia 20-an hingga awal 40-an, khususnya yang baharu melahirkan anak lebih memilih rawatan pemulihan payudara daripada membesarkan saiznya," katanya.

Pada masa sama, Pacifico berkata, prosedur implan bagi membesarkan saiz payudara, juga berisiko menyebabkan wanita mengalami sakit belakang, bahu atau leher akibat beban fizikal yang ditanggung.

Katanya, pemilihan melakukan implan untuk saiz lebih kecil dan pembedahan menegangkan payudara kini lebih disenangi wanita untuk mendapat 'aset' yang sempurna.

Pacifico berkata, trend kosmetik lain yang dijangka meningkat pada tahun ini adalah prosedur 'transformative', iaitu gabungan pembedahan muka dan leher.

"Pertanyaan untuk prosedur ini meningkat di media sosial berikutan mereka mula menyedari betapa mudahnya melakukan pembedahan muka dan leher ini bagi menampakkan lagi kekemasan penampilan mereka," katanya. - AGENSI

Berita Harian X