Pernah mengalami gatal-gatal, lepuh, alahan dan kadang-kadang loya selepas menggunakan minyak wangi kegemaran anda?
Jika ya, anda mungkin perlu berfikir semula sebelum menggunakan wangian itu.
Menurut Pakar Ayurveda dari Kerala, Dr Aparna Padmanabhan, wangian mempunyai 'lebih daripada 100 bahan toksik' yang menyebabkan pelbagai alahan dan komplikasi serius lain.
"Minyak wangi yang mahal dan berbau eksotik dengan perkataan 'wangian atau parfum' boleh menyembunyikan lebih daripada 100 bahan toksik.
"Minyak wangi, penyegar bilik atau fabrik, deodoran dan krim selepas bercukur boleh menjejaskan kesihatan anda," katanya dalam kapsyen di Instagramnya.
Justeru, perlu berhati-hati mengenai 'pembersih' pernafasan yang boleh mencetuskan alahan, semput atau asma, hormon sanitasi yang menyebabkan sistem endokrin anda tidak seimbang.
Tambahnya, ramuan rahsia apabila ia terkumpul di dalam badan anda dari masa ke masa boleh berbahaya kepada sistem pembiakan anda," tambahnya.
Beliau turut menyenaraikan beberapa bahan yang perlu dielakkan seperti phthalates, stirena, galaxolide ketone, keton kasturi, etilena glikol, asetaldehid dan oksibenzon yang terkandung dalam minyak wangi.
Jejaskan kesihatan
Perunding pakar dermatologi dan pakar dermatologi kosmetik, Hospital Fortis, Mulund, India, Dr Smriti Naswa Singh, yang ditemubual indianexpress.com, berkata kulit adalah organ terbesar badan yang bersentuhan dengan alam sekitar.
"Oleh kerana kulit banyak dan mempunyai sistem saraf dan vaskular (darah) yang kaya, jadi kosmetik tertentu boleh diserap. Dalam senario sedemikian, minyak wangi tidak terkecuali," katanya.
Dr Smriti juga menjelaskan dua cara yang akan memberi kesan kepada kesihatan.
1) Haruman, warna atau pengawet minyak wangi boleh menyebabkan bersin, berdeham atau ruam pada seseorang jika mereka alah kepada sebarang bahan.
Ini bermakna mereka yang mempunyai alahan atau sejarah peribadi atau keluarga yang menghidap asma, alahan 'rhinitis', alahan konjunktivitis , ekzema, ruam atau kulit sensitif harus mengelak daripada menggunakan minyak wangi.
Jika mereka ingin menggunakan wangian atau kosmetik, mereka harus melakukan ujian di belakang telinga mereka dan melihat jika ada alahan berlaku dalam tempoh 48 jam.
2) Terdapat 'neural-immune-hormonal axis' yang terganggu oleh bahan tertentu dalam kosmetik termasuk minyak wangi.
Ejen ini dipanggil pengganggu endokrin dan bertanggungjawab menyebabkan lebihan estrogen dalam badan lalu meningkatkan keradangan dan 'araromatase upregulatio'.
Gangguan endokrin boleh menyebabkan gangguan hormon dalam badan dan dikaitkan dengan pelbagai isu seperti kelewatan haid dalam ovari polikistik (PCOS), ' hirsutism', jerawat degil selepas usia 30-an (jerawat dewasa), botak keturunan awal, 'acanthosis nigricans' (rintangan insulin), diabetes dan kanser hormon.
Penolong Profesor Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Institut Sains Perubatan Antarabangsa Noida, Dr Monika Singh juga bersetuju dengan perkara itu dan berkata, minyak wangi boleh memudaratkan kerana kebanyakannya mengandungi triclosan (TCS) atau sebatian aromatik berklorin.
"Ia digunakan secara meluas dalam penjagaan diri dan produk rumah seperti sabun wangi, syampu, ubat gigi dan cecair pembasmi kuman.
"Bukti daripada kajian haiwan dan 'in vitro' juga mencadangkan pelbagai aktiviti hormon TCS termasuk aktiviti estrogenik, androgenik dan antiandrogenik serta gangguan aktiviti hormon tiroid, yang semuanya berkaitan dengan sindrom seperti Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)", katanya.- AGENSI