Selasa, 7 Mei 2024 | 12:18pm
Banyak aktiviti boleh dilakukan kanak-kanak ADHD supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada gerakan dan pembinaan kemahiran. - Foto hiasan
Banyak aktiviti boleh dilakukan kanak-kanak ADHD supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada gerakan dan pembinaan kemahiran. - Foto hiasan
Libatkan aktiviti permainan dengan tanah liat bagi membina minda anak. - Foto hiasan
Libatkan aktiviti permainan dengan tanah liat bagi membina minda anak. - Foto hiasan

10 aktiviti untuk kanak-kanak ADHD bina kemahiran diri

KANAK-KANAK yang menghidap Gangguan Kecelaruan Tumpuan dan Kelasakan (ADHD) sering kali mempunyai tenaga yang nampaknya tidak terbatas.

Namun, banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak ADHD supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada gerakan, pembinaan kemahiran dan input sensori dapat membantu mengarahkan tenaga mereka ke arah yang lebih bermanfaat.



Justeru, aktiviti untuk kanak-kanak dengan ADHD berkenaan bertujuan menggalakkan pergerakan, pembinaan kemahiran dan rangsangan sensori dapat membantu mereka terbabit dengan cara yang menyokong pengurusan ADHD secara keseluruhan.

ADHD lazimnya berlaku disebabkan gangguan neuro perkembangan yang biasa. Ia membabitkan pelbagai pengalaman berkaitan dengan impulsiviti, hiperaktif, dan kurang tumpuan, dan ia boleh bermaksud sesuatu yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.

Meskipun ramai tetapi tidak semua kanak-kanak dengan ADHD mempunyai gejala utama hiperaktif/impulsif, yang boleh mendorong mereka sentiasa bergerak, sering bertukar dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

Sebagai ibu bapa atau penjaga kanak-kanak dengan ADHD, perlu mengemukakan idea-idea untuk mereka lebih selesa dalam melakukan sebarang aktiviti.

Malah, aktiviti untuk kanak-kanak dengan ADHD tidak perlu rumit. Ada pilihan yang ringkas dan menariknya agar dapat memberikan mereka cabaran .

Justeru, ibu bapa boleh memilih aktiviti untuk anak ADHD yang bersesuaian.

Ahli psikologi klinikal yang berdaftar dari Bee Cave, Texas, Dr Stephanie Palmer, berkata ibu bapa perlu memilih aktiviti untuk kanak-kanak ADHD dengan sesuatu perkara yang disukai kanak-kanak sambil mengambil kira kepentingan pembinaan kemahiran mereka.



Membabitkan kanak-kanak dan remaja ADHD dalam aktiviti yang memenuhi keperluan mereka boleh merangsang perkembangan dan meningkatkan kesejahteraan golongan itu," katanya.

"Justeru, saya mencadangkan untuk memberi tumpuan kepada sebarang aktiviti yang mampu menggalakkan pergerakan fizikal, kemahiran organisasi dan membantu kanak-kanak dari segi pengurusan masa," katanya.

Ahli psikologi kanak-kanak dan pembimbing ibu bapa dari Montreal, Kanada, Dr Tamara Soles,

berkata aktiviti membabitkan alam sekitar dan input sensori dianggap asas yang hebat untuk golongan berkenaan.

Setiap kanak-kanak adalah berbeza peringkat perkembangan dan ada yang lebih berminat dalam aktiviti tertentu.

"Saya suka permainan sensori untuk kanak-kanak kecil. Permainan sensori membantu kanak-kanak dengan ADHD mengawal input sensori dan meningkatkan fokus," jelasnya.

Aktiviti sensori adalah aktiviti membabitkan deria rasa, penglihatan, sentuhan atau pendengaran.

Idea untuk aktiviti sensori termasuk:

Bermain dengan adunan mainan atau tanah liat

Buat adunan mainan sendiri atau gunakan yang dibeli dari kedai untuk mencipta bentuk dan imaginasi.

Membentuk pasir kinetik

Sediakan meja dengan pasir kinetik untuk membina atau membentuk mainan.

Melukis dengan jari

Berikan bahan mewarna yang mengandungi bermacam-macam warna, selain kertas untuk mencipta karya seni.

Meneroka bekas sensori

Isikan tab dengan barang-barang yang berbeza warna, bentuk, dan tekstur untuk kanak-kanak menerokai.

Bermain dengan air

Isikan tab mandi dengan air dan diletakkan di luar rumah untuk kanak-kanak bermain dengan bebas..

Melakukan pencarian harta karun

Mintalah kanak-kanak mencari item tertentu di kawasan persekitaran kediaman atau di lokasi tertentu seperti mencari jenis batu, spesies pokok atau haiwan.

Bermain di taman permainan

Galakkan kanak-kanak untuk meneroka apa sahaja permainan di luar termasuk memanjat dan sebagainya bagi membina kekuatan fizikal dan minda.

Membantu berkebun

Biarkan kanak-kanak bebas bercucuk tanam, menggali tanah di kebun bersama ibu bapa, kemudian membantu menanam benih pokok.

Mewarna guna bahan beraroma

Gunakan penanda atau bahan beraroma ketika melakukan aktiviti seperti melukis. Bahan beraroma ini bertujuan merangsang deria bau ketika melakukan aktiviti berkenaan.

vBerjalan-jalan meneroka alam semula jadi

Libatkan kanak-kanak dengan dunia di sekeliling mereka dengan bertanya tentang apa yang mereka lihat semasa berjalan atau ketika melakukan aktiviti terbabit

Justeru, bagi sesetengah kanak-kanak dengan ADHD, gejala hiperaktif dan impulsif boleh mencipta keadaan tenaga dan gerakan yang berterusan.

Berita Harian X