Jumaat, 16 Februari 2024 | 9:52am
Foto hiasan fail NSTP.
Foto hiasan fail NSTP.

Malaysia negara ke-3 di Asia Tenggara paling ramai bujang

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di tempat ketiga dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai paling ramai individu yang masih belum berkahwin.

Dapatan itu berdasarkan kaji selidik SeaAsia Stats, yang melaporkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 44.68 individu bujang.

Individu bujang ditakrifkan sebagai belum berkahwin, bercerai, berpisah atau balu.

Kajian terbaru dari Seasia Stas mengenai individu bujang di Asia Tenggara. - Foto Seasia
Kajian terbaru dari Seasia Stas mengenai individu bujang di Asia Tenggara. - Foto Seasia

Dalam carta membabitkan 11 negara Asia Tenggara itu, Malaysia sebanyak 44.68 peratus, Brunei (44.9) dan Kemboja (44.60) mencatatkan peratusan yang hampir sama iaitu sekitar 44 peratus.

Mengikut kajian berkenaan, peratusan individu bujang di Myanmar adalah sebanyak 29 peratus, Thailand (23), Indonesia (22), Singapura (20), Laos (17), Vietnam (16) dan Timor Leste (13).

Kajian itu berdasarkan sumber daripada Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Statistik Populasi & Bujang berdasarkan data pada 2021.

Dari 1970 hingga 2021, PBB mengumpulkan data perkahwinan mengenai lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia.

Kajian itu berpendapat wujud banyak sebab menyumbang kepada pilihan mereka masih terus membujang antaranya berpunca daripada kekangan ekonomi dan keperluan sosial.

Berita Harian X