Isnin, 21 November 2022 | 2:52pm
Gary Te yakin peralatan pintar bantu pengguna melakukan urusan di rumah dengan lebih pantas.
Gary Te yakin peralatan pintar bantu pengguna melakukan urusan di rumah dengan lebih pantas.

Kerja memasak, mengemas lebih cepat, mudah dengan teknologi pintar

Semuanya urusan seharian seperti memasak terutama dalam kalangan suri rumah akan menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya pelbagai perkakasan elektrik dilengkapi teknologi pintas

Perkakasan elektrik di rumah, misalnya memang membantu memudahkan urusan seharian di rumah, menggantikan tugas konvensional selain dipacu teknologi yang sentiasa berubah.

Bagaimanapun, secanggih peralatan itu pengguna tetap perlu berada ke rumah bagi menghidupkan suis sebelum menggunakannya.

Hal ini merumitkan, khususnya ketika berada di luar, tetapi terpaksa bergegas pulang kerana untuk menghidupkan suis.

Kini, banyak teknologi peralatan berkaitan boleh membantu pengguna memudahkan tugasan seharian, umpamanya, BSH Home Appliances Malaysia (Bosch) menawarkan penyelesaian pintar serba boleh, iaitu Home Connect.

Ia adalah koleksi pertama bagi peralatan bersambung untuk memudahkan dan menambah baik rutin harian di rumah, iaitu semua peralatan jenama itu boleh dipantau dan dikawal dari jauh menggunakan peranti mudah alih Home Connect.

Ketua Pegawai Eksekutif Bosch, Gary Te, berkata inovasi kehidupan pintar dan cekapnya itu menjadikan aplikasinya itu satu-satunya solusi jenama silang buat masa ini, mampu mengawal keseluruhan rangkaian peralatan rumah yang bersambung.

'Ini bermakna ketuhar 'built-in', mesin pencuci pinggan mangkuk, peti sejuk, hob pengudaraan, mesin basuh dan pengering serta mesin kopi automatik.

"Dengan peralatan itu ia membantu pengguna merasai fungsi terbaik peralatan termasuk memberikan pengalaman

dalam membantu tugasan rumah serta meningkatkan kehidupan dengan ciri dan perkhidmatan digital," katanya.

Pengguna boleh mengendalikan fungsi peralatan dengan selamat dari mana-mana sahaja termasuk jika terperangkap dalam kesesakan, dalam perjalanan atau sebagainya.

"Orang yang berada di rumah boleh menyediakan bahan-bahannya, sementara anda mengawal ketuhar dari jauh menggunakan aplikasi termasuk memantau ketuhar atau melaraskan suhu. Jadi tugas menyediakan makanan menjadi mudah 'dimasak dengan fungsi Home Connect," katanya.

Selain itu, lebih 90 peratus mesin pencuci pinggan mangkuk dilengkapi fungsi pintar dan terjual.

"Begitu juga, cucian boleh diprogram sejurus selepas waktu bekerja dan apabila pulang cucian selesai dan ia mengelakkan pakaian berbau busuk kerana ditinggalkan terlalu lama di dalam mesin basuh.

"Lebih menarik lagi, tahap kedinginan, peti ais boleh dilaraskan mengikut keperluan (dengan mengaktifkan fungsi super cooling atau super freezing sebelum pergi membeli-belah) untuk menurunkan suhu untuk tempoh singkat supaya barangan baru diletakkan di dalam peti sejuk atau peti pembeku akan disejukkan atau dibekukan dengan cepat," katanya.

Malah, ia juga menjimatkan tenaga termasuk disetkan mod, selain mempunyai keupayaan memberitahu anda jika pintu peti sejuk tidak ditutup rapat.

"Selain itu, pelbagai kopi antarabangsa dengan satu sentuhan butang boleh dinikmati dengan apa saja cita rasa kopi istimewa yang terkenal di dunia dengan satu sentuhan butang dan ia mampu menyimpan tetapan kafein bagi setiap individu, anda boleh tidur lebih lama dan bangun dengan kapucino panas sebelum memulakan perjalanan," katanya.

Berita Harian X