Ahad, 19 Mei 2024 | 8:46am
Foto hiasan
Foto hiasan

Merancangan aktiviti bermanfaat untuk anak-anak

Kebanyakan kanak-kanak menganggap cuti sekolah hari untuk bebas daripada aktiviti belajar, jadi waktu ini amat sesuai untuk melengkapkan diri dengan menyertai kem motivasi supaya tidak lupa dengan pelajaran. Selain membentuk dan meningkatkan keyakinan diri ia diharapkan mampu memberi semangat baharu untuk belajar dengan baik apabila kembali bersekolah.

Jika hari bersekolah kesibukan belajar menjadi alasan tidak terbabit dalam aktiviti sukan. Cuba dedahkan anak dengan pelbagai permainan yang belum pernah disertai seperti memanah, berkuda, berenang, bermain tenis, bola sepak dan sebagainya.

Selain mampu meningkatkan kecerdasan tubuh dan minda siapa tahu mereka memiliki bakat tersembunyi.

Penguasaan bahasa asing mampu menyerlahkan peribadi dan meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi. Belajar bahasa asing seperti bahasa Arab, Mandarin dan Jepun selain bahasa Inggeris juga boleh disifatkan persiapan awal kepada mereka jika mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kelak.

Foto hiasan
Foto hiasan

Kehidupan di bandar membuatkan anak kurang terdedah kepada aktiviti lasak dan rapat dengan alam semula jadi. Sesekali biarkan mereka merasai suasana berkebun dan bersawah atau mungkin mencuba permainan yang tidak ada di bandar bersama saudara mara yang jarang ditemui.

Nilai murni boleh diterapkan lebih awal dalam diri kanak-kanak dengan membawa mereka menyertai aktiviti kebajikan seperti membersihkan rumah orang kurang upaya, warga emas, anak yatim, memberi makan kepada gelandangan dan aktiviti kemasyarakatan lain.

Menghasilkan kraftangan dan lukisan mungkin dapat memupuk hobi dan minat baharu kepada mereka. Mungkin mereka boleh mencuba bermain alat muzik atau mengikuti kelas tarian sebagai mempelbagaikan lagi minat dan kemahiran sedia ada.

Hubungan ibu bapa dan anak boleh bertambah erat dengan meluangkan masa dan melakukan aktiviti bersama.

Berita Harian X