Rabu, 24 Januari 2024 | 8:37am
Antara murid Orang Asli dari SK Pasir Linggi yang menerima bantuan beg sekolah. - NSTP/Paya Linda Yahya
Antara murid Orang Asli dari SK Pasir Linggi yang menerima bantuan beg sekolah. - NSTP/Paya Linda Yahya
Anih Rahman. Foto/Ihsan Anih
Anih Rahman. Foto/Ihsan Anih

'Kali terakhir tukar beg sekolah anak, tiga tahun lalu' - Anih

GUA MUSANG: "Kali terakhir kami menerima bantuan beg sekolah, tiga tahun lalu dan dalam tempoh itu saya tidak pernah membeli beg sekolah baharu untuk anak-anak kerana faktor kewangan," kata wanita Orang Asli, Anih Rahman, 30.

Anih tidak menafikan ada menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP), namun ia hanya cukup untuk membeli kelengkapan utama sekolah, selain tiada kenderaan sendiri dan perlu membayar untuk menyewa kenderaan keluar dari kediamannya, di Kampung Pasir Linggi Pos Lebir, dis ini

Ada kalanya untuk ke bandar terdekat adalah Kuala Krai yang jaraknya kira-kira 40 kilometer (KM), dan terpaksa berkongsi menyewa kenderaan.

Suri rumah ini berkata, dia perlu berjimat cermat kerana pendapatan suaminya tidak menentu, iaitu mencari hasil hutan dan mengambil upah menoreh.

Katanya, dia perlu mengutamakan keperluan lain untuk persekolahan anak berbanding beg sekolah yang masih boleh digunakan.

Tuan Mohd Rosli (kanan) menyampaikan sumbangan bag sekolah kepada murid SK Pasir Linggi. NSTP/Paya Linda Yahya
Tuan Mohd Rosli (kanan) menyampaikan sumbangan bag sekolah kepada murid SK Pasir Linggi. NSTP/Paya Linda Yahya

"Saya ada dua anak bersekolah di sini dan mengutamakan keperluan asas terutama baju, kasut sekolah dan peralatan lain untuk belajar, " katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu seramai 100 murid di SK Pasir Linggi menerima sumbangan beg sekolah daripada Persatuan Kerabat Warisan Long Gaffar (PKWLG) Kelantan dengan kerjasama Badan bukan kerajaan (NGO) lain .

Norsilawati Amran.- Foto/Ihsan Norsilawati
Norsilawati Amran.- Foto/Ihsan Norsilawati

Bantuan kurangkan beban keluarga

Bagi Norsilawati Amran, 24, dia sangat bersyukur menerima bantuan beg sekolah itu yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga.

"Terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan sumbangan beg sekolah ini kepada anak saya.

Pengerusi PKWLG Kelantan, Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan, berkata program itu kali pertama untuk masyarakat Orang Asli bagi membantu meringankan beban mereka.

"Harapan saya sumbangan ini melegakan keluarga Orang Asli di sini, dan duit BAP itu dapat dapat gunakan untuk membeli kelengkapan lain," katanya.

Berita Harian X