Selasa, 19 Disember 2023 | 8:51am
Wujudkan keceriaan, eratkan hubungan ibu bapa dan anak lakukan pelbagai aktiviti bermanfaat.
Wujudkan keceriaan, eratkan hubungan ibu bapa dan anak lakukan pelbagai aktiviti bermanfaat.

9 aktiviti untuk anak sepanjang cuti sekolah

SERONOK dan gembira terlepas daripada bebanan berat sebelumnya dirasakan sebahagian anak-anak ketika ini.

Bagi mereka, kini masanya untuk merehatkan minda manakala bagi ibu bapa, pelbagai cara digunakan untuk memenuhi cuti sekolah.

Ada yang mengambil peluang membawa anak melancong manakala mereka yang berkemampuan membawa anak makan angin di luar negara.

Dalam merancang perjalanan, banyak perkara perlu difikirkan ibu bapa bertujuan menggalakkan anak melakukan aktiviti sihat serta mendorong pertumbuhan positif.

Adakalanya perjalanan jauh atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas memberikan ruang masa untuk membaca.

Membaca buku

Sediakan bahan tertentu seperti majalah atau buku untuk mereka sepanjang perjalanan itu.

Sebelum bertolak, anda boleh meletakkan bahan bacaan itu dalam kenderaan pada tempat yang mudah dicapai.

Selain membaca, kemahiran anak untuk membaca boleh dilatih melalui permainan perkataan contohnya, permainan yang boleh membentuk frasa atau perbendaharaan kata serta melakukan kuiz bagi menguji kefahaman mereka.

Wujudkan keceriaan, eratkan hubungan ibu bapa dan anak lakukan pelbagai aktiviti bermanfaat.
Wujudkan keceriaan, eratkan hubungan ibu bapa dan anak lakukan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Gunakan ruang masa ini sebaik mungkin untuk membantu anak membaca sesuatu yang sukar difahami.

Membaca bersama atau melakukan sesuatu secara bersama bukan saja boleh memberi rangsangan kepada mereka bahkan merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.

Kehidupan zaman moden yang semakin canggih ini turut menuntut kos hidup yang semakin mahal.

Oleh itu, ramai ibu bapa bekerja bagi menambah pendapatan keluarga.

Tanpa pendapatan mencukupi, kehidupan keluarga mungkin menjadi lebih sukar, terutama bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai.

Justeru, bagi ibu bapa bekerja, kesibukan mungkin menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak di rumah.

Menonton televisyen

Menonton televisyen atau melayari Internet bersama juga mampu mengeratkan lagi hubungan.

Televisyen dan komputer berfungsi menjadi teman karib anak, tetapi pilih rancangan yang sesuai untuk tontonan mereka.

Bagi sesetengah rancangan televisyen yang memberi kesan negatif, anda seharusnya berperanan dengan memberikan ulasan tertentu mengenai kesannya kepada mereka.

Adakalanya anak tidak faham kerana minda mereka belum boleh berfikir jauh.

Wujudkan keceriaan, eratkan hubungan ibu bapa dan anak lakukan pelbagai aktiviti bermanfaat.
Wujudkan keceriaan, eratkan hubungan ibu bapa dan anak lakukan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Kanak-kanak pula sangat mudah terpengaruh dengan iklan dan sambil menonton, salurkan maklumat tertentu supaya mereka lebih memahami.

Walaupun ibu bapa bekerja, itu bukan alasan untuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak sebaik mungkin.

Tugas ini dapat dilakukan hanya dengan meluangkan masa untuk mengenal, mengajar mereka dan belajar daripada mereka.

Manfaatkan musim cuti sekolah anak supaya ia benar-benar memberi kesan mendalam untuk pertumbuhan dan sahsiah diri mereka.

9 aktiviti musim cuti sekolah:

1. Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti bersiar-siar, joging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.

2. Bawa keluarga melawat tempat menarik di seluruh negara. Bawa anak berkelah di tepi pantai atau taman rekreasi juga sudah memadai.

3. Bersukan atau bermain bersama anak. Ajar mereka permainan tradisional.

4. Menonton bersama anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan mereka mengenai rancangan yang ditonton serta iklan yang disiarkan.

5. Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.

6. Jika ada perpustakaan awam berhampiran, bawa anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca.

7. Jika ada kemudahan Internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak.

8. Menggalakkan anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, lukisan, muzik atau drama.

9. Menggalakkan anak menyertai aktiviti sihat seperti kelas bela diri, lawatan, sukan dan permainan.

Berita Harian X