Rabu, 12 Jun 2024 | 8:58am
Majlis pelancaran GemFest 2024 di Kuala Lumpur. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Majlis pelancaran GemFest 2024 di Kuala Lumpur. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Gemfest 2024, Habib pamer koleksi berlian, batu permata unik

KUALA LUMPUR: Habib mengadakan Pesta Permata atau Gemfest sehingga 30 Jun ini bagi mempamer dan meraikan koleksi berlian serta batu permata yang tampil dengan daya ketukangan luar biasa serta rekaan mengagumkan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Meer Habib, berkata pihaknya merasakan sudah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan kepada pelanggan dengan barangan kemas berkualiti.

Selain itu katanya, pihaknya berbesar hati berkongsi pengetahuan berkenaan berlian dan batu permata berwarna kepada pelanggan sempena pesta itu berlangsung.

Habib mengadakan Pesta Permata atau Gemfest sehingga 30 Jun ini bagi mempamer dan meraikan koleksi berlian serta batu permata yang tampil dengan daya ketukangan luar biasa. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Habib mengadakan Pesta Permata atau Gemfest sehingga 30 Jun ini bagi mempamer dan meraikan koleksi berlian serta batu permata yang tampil dengan daya ketukangan luar biasa. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

"Melalui Gemfest, Habib meraikan keindahan semula jadi batu-batu berharga ini sambil mempamerkan komitmen teguh kami terhadap kehalusan ketukangan, kecemerlangan reka

bentuk dan pemilihan teliti batu permata yang unik dan jarang ditemui," katanya pada majlis perasmian Gemfest 2024, di sini.

Meer juga ahli gemologi bertauliah berkata, berlian dan batu permata sinonim dengan gemerlapan yang memukau dan pelbagai warna sehingga mampu menarik perhatian dan imaginasi.

Katanya, setiap batu permata dari kilauan berlian menakjubkan hingga kemewahan zamrud, memiliki daya tarikan dan kisah unik tersendiri.

Pesta Permata atau Gemfest sehingga 30 Jun. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Pesta Permata atau Gemfest sehingga 30 Jun. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

"Hampir 66 tahun, kita menerajui batu-batu berharga ini dengan ketukangan dan inovasi hebat sekali gus menjadikan Habib jenama terkemuka dalam dunia barangan kemas mewah dan antara jenama paling digemari di Malaysia.

"Justeru, menerusi Gemfest 2024 akan mengangkat kecantikan batu permata, menampilkan pilihan menawan dengan kualiti, konsisten dan terbaik," katanya.

Antara koleksi akan dipamerkan, koleksi batu permata unik dan jarang ditemui dengan koleksi utama tahun ini adalah batu Sphene Hijau, Turmalin Paraiba, Tanzanit, Tiger's Eye dan sebagainya.

Turut dipamerkan nanti, Koleksi Dancing Diamond menampilkan sinaran berlian berkilauan, keunikan rekaannya mempamerkan kehalusan dan ketukangan luar biasa.

Mengambil inspirasi potongan, bentuk dan struktur berlian yang pelbagai, setiap utas rantai leher memegang sebutir berlin seakan sedang menari dengan setiap gerakan, mencerminkan keanggunan, kecantikan dalaman si pemakai.

Sempena pesta, pelanggan berpeluang meneroka lebih mendalam dunia batu permata dengan sesi solekan istimewa dan ditata rias dengan set barangan kemas yang mempesonakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi bilik pameran berhampiran sehingga hujung bulan ini.

Berita Harian X