Selasa, 26 March 2024 | 5:58pm
Duta Skechers, Cha Eun-woo menggayakan koleksi Skechers GOwalk 7™ - FOTO Skechers Malaysia
Duta Skechers, Cha Eun-woo menggayakan koleksi Skechers GOwalk 7™ - FOTO Skechers Malaysia

Rekaan baharu kasut sokongan, keselesaan

Syarikat kasut prestasi dan gaya hidup antarabangsa, Skechers melancarkan rekaan baharu kasut berjalan ikonik generasi ketujuh, GOwalk 7™ yang menawarkan sokongan dan keselesaan dipertingkatkan.

GOwalk 7™ menampilkan tapak tengah kusyen ULTRA GO® yang ringan serta Panel Tumit eksklusif untuk model Skechers Hands Free Slip-ins yang memberikan sokongan tambahan dan memegang kaki dengan selamat pada tempatnya.

Selain itu, GOwalk 7™ turut disertakan Hyper Pillar Technology™ yang mengembalikan dan meningkatkan tenaga apabila berjalan.

GOwalk 7™ sesuai dipakai untuk aktiviti luar dan membantu pejalan kaki kekal selesa walaupun berjalan lama dengan kusyen Air-Cooled Memory Foam atau tapak Skechers Air-Cooled Goga Mat™.

GOwalk 7™ turut menampilkan panel tumit Skechers Hands Free Slip-ins untuk koleksi terpilih bagi memudahkan pemakai tanpa perlu membongkok atau menyentuh kasut, selain tapak luar cengkaman dwi-ketumpatan yang memberi kestabilan.

Skechers GOwalk 7™ Easy On 2 dan Free Hand 2 boleh didapati pada harga bermula RM439 dalam pilihan warna menarik.

@yang Ada masa tak? Boleh buat satu experiment blindfold test and this happened… 🥹❤️ #fyp #foryou #malaysia #tiktokmalaysia #socialexperiment #streetinterview #yangbestni #happy @skechersmy @SKECHERS MY FLAGSHIP ♬ Polaroid love enhypen - Scar ⁷ ⭑

Pempengaruh media sosial, Pinn Yang dan Ivor Xianz turut membuktikan keselesaan GOwalk 7™ dengan mengadakan eksperimen terhadap orang awam untuk mencuba memakai koleksi terbaharu itu dengan mata tertutup.

Mereka kemudiannya diminta untuk meneka jenama kasut berkenaan dan rata-rata responden memberi jawapan Skechers kerana sudah mengetahui keselesaan kasut yang ditawarkan jenama berkenaan.

@ivor_xianz Not me asking random strangers to blindfold for shoe testing & turned out to be one of the most comfortable shoes ever !! Happy to give out Skechers GOwalk 7 for free, thanks to @skechersmy @skechersmyflagship !! #SkechersGOwalk7 #skechersMY @skechersmy @SKECHERS MY FLAGSHIP ♬ original sound - Ivor trying so u dont hve to

Koleksi GOwalk 7™ kini boleh didapati dan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi Skechers serta kedai konsep Skechers terpilih seperti Skechers The Exchange TRX, Pusat Beli-belah 1 Utama, Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil, Sunway Pyramid dan banyak lagi.

Bersempena pelancaran GOwalk 7™, Skechers mengadakan Skechers Friendship Walk
2024 pada 3 Mac 2024 di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Image

Lebih 6,000 peserta memeriahkan acara tahunan yang membawa tema 'Back To Heritage' itu yang bertujuan mempelawa orang ramai untuk melihat keajaiban seni bina Malaysia, di samping memupuk persahabatan dan hubungan dalam kalangan rakan dan keluarga.

Skechers Friendship Walk 2024 juga diadakan bagi mempromosikan gaya hidup sihat, justeru pelbagai acara dan aktiviti menarik disediakan bagi mengeratkan lagi ikatan antara peserta.

Peserta dihiburkan dengan aktiviti menyeronokkan seperti persembahan 24 Seasons Drum & Zumba, congkak, Hopscotch, mencanting batik, memanah, dan Giant Puzzle, selepas selesai berlari serta berjalan sejauh 10km dan 5km.

Paling menarik, terdapat peserta yang menerima hadiah hebat seperti bekalan kasut Skechers selama satu tahun selepas mengumpulkan enam setem Giant Tikam sesudah menyertai semua aktiviti yang disediakan pada hari berkenaan.

Duta Skechers Malaysia, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat turut hadir memeriahkan suasana sepanjang Skechers Friendship Walk 2024 berlangsung.

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah berupa pakaian Skechers bernilai RM400 kepada pemenang daripada pelbagai kategori seperti Gaya Kreatif Terbaik untuk Dewasa, Gaya Kreatif Terbaik untuk Kanak-kanak dan Gaya Sukan Terbaik.

Berita Harian X