Jumaat, 22 March 2024 | 10:07pm
 Pelakon Amyra Rosli sekeluarga dipilih sebagai duta bagi kempen Rantaian Kasih Habib. - Foto/ihsan Habib
Pelakon Amyra Rosli sekeluarga dipilih sebagai duta bagi kempen Rantaian Kasih Habib. - Foto/ihsan Habib

Kempen Hari Raya tampilkan koleksi barang kemas bertema Anyaman

KUALA LUMPUR: Jenama barangan kemas tempatan, HABIB meneruskan legasinya dengan menyanjung khazanah warisan budaya Malaysia dengan memperkenalkan tema Anyaman sempena kempen Hari Raya.

HABIB sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Rantaian Kasih.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer Habib, berkata dalam meraikan hari lebaran, HABIB memegang tanggungjawab untuk memelihara warisan berzaman dan memupuk orang ramai untuk terus menghargai kehalusan seni masyarakat Melayu.

"Silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya, dan ia sinonim dengan Kempen Raya kami, Rantaian Kasih.

"Kempen Rantaian Kasih tahun ini penampilan duta-duta daripada latar belakang yang berbeza seperti Amyra Rosli dan keluarganya, Sharifah Rose dan Ezzanie Jasny," katanya.

Beliau berkata, kesemua duta Raya HABIB adalah individu bersemangat tinggi serta mempunyai personaliti baik dan disenangi ramai yang akan menambahkan kemeriahan dan melengkapi konsep Rantaian Kasih HABIB.

Meer berkata, antara koleksi yang menjadi kegemaran setiap tahun adalah Koleksi Oro Italia 916, dengan rekaan terbaharu yang lebih moden dan kontemporari.

Koleksi Oro Italia 916. - Foto/ihsan Habib
Koleksi Oro Italia 916. - Foto/ihsan Habib

"Untuk gaya terkini dan lebih berwarna- warni, barangan kemas daripada Koleksi Clara adalah pilihan ideal yang menampilkan rona unik seperti ungu, merah jambu, biru dan hijau. Koleksi ini pada masa sama masih mengekalkan nilai mutu emas 916.

"Selain itu, koleksi rantai leher labuh juga menjadi kegemaran di Aidilfitri dan sangat sesuai digayakan bersama hijab.

Koleksi gaya terkini menampilkan rekaan berwarna-warni. - Foto/ihsan Habib
Koleksi gaya terkini menampilkan rekaan berwarna-warni. - Foto/ihsan Habib

"Set sepadan ibu dan anak turut ditawarkan, untuk melengkapi gaya sedondon bersama keluarga di Hari Raya. Pelbagai koleksi eksklusif berlian, termasuk rekaan yang diinspirasikan seni anyaman yang menitikberatkan daya ketelitian dan sentuhan kehalusan pada coraknya turut ditampilkan," katanya.

Beliau berkata, koleksi anyaman itu dipadankan bersama mutu emas 750 (18K).

"Koleksi Jejaka yang terdiri daripada butang baju Melayu eksklusif HABIB serta cincin perak palladium bertatahkan berlian dan batu permata turut ditawarkan," katanya.

Berita Harian X