Baju sejuk bukan sekadar melengkapkan gaya, malah ia memang keperluan disarung bagi mengekalkan kehangatan ketika melancong di negara empat musim.
Di bawah ikuti saranan dalam memilih pakaian pakaian sejuk.
Lapisan asas
Lapisan asas dipakai paling hampir dengan kulit haruslah menyerap lembapan, seperti 100 peratus bulu merino atau campuran bulu. Elakkan kapas.
Lapisan Tengah
Seharusnya fleksibel dan ada ruang memerangkap haba hangat. Contohnya seperti baju tebal longgar atau seluar legging berlapik bulu lembut.
Lapisan Luar
Pilih material kalis angin, hujan dan salji untuk melindungi lapisan pakaian sedia ada.
Topi, sarung tangan dan stoking
Lindungi anggota badan dengan memakai topi yang menutup telinga anda, sarung tangan kalis air dan stoking bulu.
Badan kehilangan sebahagian besar haba melalui ruangan yang terdedah. Oleh itu, sentiasa berlitup supaya anda kekal hangat.
Lapisan pakaian berdasarkan suhu
Kini kita ketahui kaedah melapiskan pakaian yang betul adalah kunci untuk kekal hangat, tetapi, bagaimana pula cara pemakaian yang berubah dengan suhu berbeza?
Baca panduan berguna di bawah sebagai permulaan untuk persiapan pengembaraan musim sejuk anda yang seterusnya.
Sejuk berangin
Suhu yang sederhana sejuk tidak begitu membimbangkan. Dalam julat suhu ini, orang dewasa dan kanak-kanak harus memilih lapisan asas yang sederhana tebal.
Lindungi diri dengan pakaian lapisan luar untuk menghalang angin sejuk. Jangan lupa pelapik sarung tangan nipis untuk menghangatkan jari-jemari.
Sekiranya berada lama di tempat yang seluk, anda mungkin memerlukan jaket penebat jika kedinginan.
Sejuk
Mulakan dengan lapisan asas yang tebal untuk baju dan seluar. Seterusnya pakai lapisan tengah yang berpenebat sintetik ringan seperti jaket puffer ringan.
Pada suhu yang lebih tinggi, litupi keseluruhan pakaian dengan jaket dan seluar boleh bernafas serta kalis air.
Pada suhu ini, pakai juga sarung tangan hangat dan topi beanie. Kemudian hangatkan lapisan tengah dengan pakaian jaket dan seluar berbulu tebal.
Untuk lapisan luaran, pakai seluar salji berpenebat dan kot puffer untuk menambahkan lagi kehangatan sambil berfungsi menghalang air daripada terkena pakaian sedia ada.