Isnin, 17 April 2023 | 10:14am
Koleksi emas Malabar menyempurnakan penampilan anggun ketika Aidilfitri.
Koleksi emas Malabar menyempurnakan penampilan anggun ketika Aidilfitri.

Tampil anggun tubuh disaluti kilauan emas, batu permata

Penampilan berbaju kebaya potongan klasik di pagi raya tampak lebih anggun dihiasi kilauan barangan kemas.

Menambah seri sosok tubuh, pemakaian barangan kemas seperti cincin, rantai leher, loket, rantai tangan, gelang tangan, mahupun tatahan berlian atau batu permata melengkapkan gaya individu.

Bagi peminat barangan kemas, jenama Malabar yang dibawa khas dari lima negara, iaitu Dubai, Bahrain, Itali, Turkiye dan Bombay, mampu memenuhi cita rasa itu.

Sudah pasti koleksi emas dari Kumpulan Malabar (Malabar Group) ini membuatkan si pemakainya teruja kerana lima negara itu memang terkenal dengan rekaan barang kemas unik, kerja tangan halus yang diinspirasikan daripada aneka bunga-bungaan.

Malah, lebih 1,000 koleksi direka itu merangkumi cita rasa barangan kemas untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.

Rekaan barang kemas direka eksklusif dan unik.
Rekaan barang kemas direka eksklusif dan unik.

Koleksi gelang tangan emas 916, umpamanya dari pelbagai bentuk dan saiz dan beraneka warna emas disediakan eksklusif untuk Aidilfitri kali ini.

Koleksi rantai panjang dengan pelbagai rekaan moden kontemporari sempena hari raya dengan pemakaian cincin emas bunga-bungaan cantik pelbagai warna juga menanti kunjungan anda.

Untuk Aidilfitri tahun ini, rekaan berinspirasikan dari flora dan fauna, cinta, kelembutan dan kehormatan wanita, tepat keperibadian golongan itu.

Rantai leher membuatkan penampilan wanita tambah berseri.
Rantai leher membuatkan penampilan wanita tambah berseri.

Koleksi Bella, iaitu emas putih, emas rose dan kuning dengan potongan berlian drekaan Itali yang moden sera kontemporari pada permukaan emasnya dengan ukiran halus bergemerlapan

Yang pasti, rekaan barangan kemas Malabar ini eksklusif dan hanya boleh didapati di semua kedai emasnya.

Bagi pemilik jenama ini, mereka tidak perlu risau untuk membaik pulih barangan kemasnya kerana jaminan pembaikpulih seumur hidup dengan caj percuma pasti tidak membebankan anda.

Sempena Aidilfitri tahun ini, pelanggan yang ingin membuat tukar barangan lama kepada yang baru tanpa susut nilai.

Untuk rekod, Malabar Group mula beroperasi sejak 1993 di Kerala Kozikhode oleh pengasasnya M P Ahmed mempunyai 305 cawangan di serata negara termasuk di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Di Malaysia, Malabar yang tercatat sebagai jenama barang kemas keenam terbesar di dunia, pula sudah bertapak di Kuala Lumpur, sejak 2013, terletak di Jalan Bunus dan kini mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara.

Berita Harian X