Jumaat, 14 April 2023 | 1:09pm

Koleksi barang kemas inspirasi warisan tradisional tekat

KUALA LUMPUR: HABIB mengangkat keindahan dan keunikan warisan tradisional tekat melalui koleksi raya, 'Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023'.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Sri Meer, berkata tahun ini HABIB memberi penghormatan kepada warisan seni tekat, melalui motif yang diilhamkan daripada alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan tempatan.

Katanya, HABIB mengambil inspirasi dan menampilkan warisan tradisional tekat, iaitu hiasan sulaman Melayu yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas pada latar belakang baldu yang kaya dengan warna.

"Bangga sebagai jenama tempatan, HABIB sentiasa mengangkat keindahan dan keunikan warisan seni budaya.

"Seni tekat dikaitkan dengan kegunaan persalinan di raja, perhiasan istana dan upacara pertabalan serta sering digunakan untuk menghiasi barangan majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu.

"Penghasilan tekat menitikberatkan kehalusan dan kekemasan, begitu juga proses pembuatan barang kemas HABIB yang amat mementingkan perincian serta ketelitian pada reka bentuk dan ketukangannya," katanya dalam satu kenyataan.

Kempen raya 'Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023' bermula pada 23 Mac sehingga 21 April ini.

Meer berkata, mengangkat tradisi acara tahunan yang disambut sejak lebih 20 tahun, dinamakan

Rantaian Kasih, ia menggambarkan sebuah ketulusan ikatan yang terjalin.

"Hubungan baik dengan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan suatu kegembiraan bagi kami dapat melihat pelanggan bersama keluarga melangkah masuk ke bilik pameran serta menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan.

"Lebih istimewa pada tahun ini, kami teruja untuk mempamerkan seni tekat yang diterapkan dengan nilai sejarah dan warisan yang memerlukan kreativiti serta penghasilan yang bermutu.

Kempen raya ‘Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023’ bermula pada 23 Mac sehingga 21 April ini.
Kempen raya ‘Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023’ bermula pada 23 Mac sehingga 21 April ini.

"Kami juga memastikan pelanggan disajikan dengan pelbagai pilihan untuk setiap lapisan umur dengan mendapatkan koleksi baharu untuk digayakan pada hari lebaran nanti," katanya.

Antara koleksi utama yang ditampilkan adalah Arowana Habib yang menerapkan unsur geometri teliti dan halus, seperti si ikan naga, dengan sisik meliuk gemalai dan mempesona, serta simbolik yang dikaitkan dengan tuah serta kekayaan.

Koleksi ini diperbuat daripada emas 750 (18k) bertatahkan berlian yang ditawarkan dengan pelbagai reka bentuk dan kombinasi batu permata pelbagai warna.

Koleksi kegemaran ramai, Ora Italia 916 HABIB juga dipersembahkan dengan rekaan baharu yang lebih menawan, hasil gabungan pelbagai kemasan seperti high polish, potongan berlian, matte dan kemasan satin yang membawa suntikan nafas baharu kepada reka bentuk.

Turut menjadi perhatian adalah koleksi eksklusif Emas 916 HABIB dengan rekaan lebih kontemporari, gabungan emas 916 berona kuning dan putih, yang hanya boleh didapati secara eksklusif di HABIB.

Sementara itu, pelakon muda berjiwa besar, Sharifah Rose telah dipilih sebagai wajah selebriti untuk memperagakan koleksi HABIB.

HABIB buat julung kalinya juga berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Malaysia, Syomirizwa Gupta, yang menampilkan busana mewah yang elegan dan berwarna ceria sebagai penyeri di Aidilfitri, untuk digayakan bersama koleksi Raya HABIB.

Berita Harian X