Sabtu, 4 Februari 2023 | 12:34pm
Paco Rabanne terkenal dalam industri fesyen dan minyak wangi. - Foto/Reuters
Paco Rabanne terkenal dalam industri fesyen dan minyak wangi. - Foto/Reuters

Pereka fesyen, Paco Rabanne meninggal dunia

ISTANBUL: Pereka fesyen terkenal Sepanyol, Paco Rabanne meninggal dunia semalam, pada usia 88 tahun, lapor Agensi Anadolu.

Rabanne dilahirkan pada 18 Februari 1934 di bandar Pasajes, Sepanyol, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Perancis.

Paco Rabanne (tengah) bersama modelnya yang memperagakan koleksi Musim Panas di Paris pada tahun 2000. ― Foto/Reuters
Paco Rabanne (tengah) bersama modelnya yang memperagakan koleksi Musim Panas di Paris pada tahun 2000. ― Foto/Reuters

Berita kematiannya atau nama sebenarnya Francisco Rabaneda Y Cuervo dimaklumkan oleh Puig, syarikat induk jenama Rabanne dalam satu kenyataan.

Pereka fesyen popular itu melakar kejayaan hebat dalam industri fesyen dan minyak wangi, terutamanya di Perancis.

Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Wilayah Basque, pada 1934 dan dibesarkan di Perancis. -

– BERNAMA

Berita Harian X