Jumaat, 13 Januari 2023 | 9:49am
Ayda Jebat diperkenalkan sebagai duta baharu gayakan kasut baharu dan nampak bergaya tampil selesa.- Foto hiasan
Ayda Jebat diperkenalkan sebagai duta baharu gayakan kasut baharu dan nampak bergaya tampil selesa.- Foto hiasan

Pilih kasut sesuai bentuk kaki, elak sakit belakang

Pemilihan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki bukan saja penting tetapi juga menonjolkan personaliti pemakai, memberi keselesaan dan gaya fesyen tersendiri.

Tidak hairanlah ada sesetengah orang gemar memakai kasut yang sama dalam tempoh lama disebabkan sepatu disarung cukup selesa, ringan dan tahan lasak.

Bagi yang mementingkan gaya dan keselesaan, pasti akan mencari kasut betul-betul elok bagi mengelak sengsara pada kaki dan tumit serta sakit belakang.

Antara jenama boleh dicuba adalah Skechers Malaysia, jenama global yang terkenal sebagai pilihan kasut yang mempunyai gaya hidup, fesyen dan keselesaan khusus pada tapak kaki.

Misalnya, selebriti Ayda Jebat diperkenalkan sebagai duta baharu jenama itu nampak tampil bergaya dan santai sejajar dengan kemunculan rasmi pertama dalam pengenalan siri koleksi terbaharu, 'Skechers Pek California'.

Antara koleksi dikeluarkan selesa untuk aktiviti sukan dan kasual.
Antara koleksi dikeluarkan selesa untuk aktiviti sukan dan kasual.

Dalam kempen terbaharu, ia mengetengahkan pilihan bintang tempatan koleksi Taupe daripada siri Pek California.

Ia adalah koleksi kasut yang direka ringan (lightweight), selesa dan bergaya menyerlahkan ekspresi dan meriah dengan siluet kasut Skechers Sport Court 92 klasik.

Didatangkan enam pilihan warna masing-masing untuk lelaki dan wanita, ia senang dipadankan dengan pakaian dan gaya berbeza, daripada pakaian jalanan dan hipster hingga ketika aktiviti sukan dan kasual pintar.

Rona menarik itu memaparkan penjajaran unik kedinamikan dan ketenangan yang membangkitkan estetika California yang bergaya dengan mudah.

Koleksi wanita menampilkan warna pastel yang menyerlahkan nostalgia dan kelembutan yang digabungkan dengan reka bentuk moden dan kontemporari.

Koleksi lelaki mempunyai rangkaian warna terang yang mewakili elemen energetik dan dinamik bandar California, manakala logo timbul SKX warisan bergaya di sisi memberikannya sentuhan 'old-school class'.

Direka dari ilham estetika pantai barat Amerika Syarikat yang klasik, ia direka bentuk dengan bahagian atas kulit licin, termasuk panel jari kaki, sisi dan tumit, serta dengan logonya timbul di bahagian tepi.

Dipertingkatkan dengan tapak dalaman 'Air-Cooled Memory Foam' menawarkan keselesaan unggul, reka bentuk kasut diserikan dengan jahitan, tebuk dan tindanan dalam kasut gelanggang bertali klasik gaya warisan kasual.

Berita Harian X