Sempena Deepavali disambut pada Rabu ini, Habib Jewels (Habib) mengetengahkan rekaan unik barangan kemas bagi memeriahkan pesta cahaya.
Justeru, menerusi kempen Gaya Deepavali rekaan barangan kemas dari koleksi Oro Italia 916® boleh didapati dalam emas 916 berwarna kuning, putih dan ros.
Selain itu, rekaan barangan kemas berlian yang eksklusif diperbuat daripada emas putih 750 turut ditawarkan.
Oleh itu, bersesuaian barangan kemas itu boleh dijadikan hadiah yang dianggap sebagai tradisi tradisi penting ketika Deepavali.
Tampil penuh kemewahan
Bagi pemenang Miss Habib dan pemenang tempat ke-4 Miss Universe Malaysia 2020, Neha Verma, berkata kini orang ramai sering menjadikan barangan kemas emas dan berlian sebagai hadiah.
"Deepavali adalah perayaan penuh dengan cahaya warna-warni dan kegembiraan. Tahun ini, pastinya berbeza kerana dapat menyambut bersama seluruh keluarga dan bertukar-tukar hadiah.
"Sambutan ini tidak lengkap tanpa barangan kemas kerana ia adalah tradisi penting untuk kami sekeluarga," katanya.
Beliau tampak trend tampil dengan barangan kemas dari Oro Italia 916® meliputi gelang tangan Stella, Cavo dan rantai leher digayakan secara bertingkat 'layering'.