Selasa, 12 Oktober 2021 | 11:01am
Koleksi jam tangan Mido, Ocean Star Decompression Timer 1961 dilancarkan menjelang November ini. - Foto/Ihsan Mido
Koleksi jam tangan Mido, Ocean Star Decompression Timer 1961 dilancarkan menjelang November ini. - Foto/Ihsan Mido

Jam tangan Mido tampil rekaan baharu

KUALA LUMPUR: Jenama jam tangan Mido yang tidak asing kepada penggemar dan pengumpul, kini tampil dengan rekaan model baharu, Ocean Star Decompression Timer 1961.

Ocean Star Decompression Timer 1961 menjadi koleksi terbaharu susulan kejayaan model terdahulu iaitu 1961 Ocean Star Skin Diver Watch yang dilancarkan pada tahun lalu.

Terhad kepada 1,961 buah, jam tangan berkonsepkan sukan selam itu hadir bersama ukuran lilit 40.5 milimeter (mm) dan gaya 'glassbox' dipertingkatkan oleh kristal sapphire, bezel berputar serta skala 'decompression' pelbagai warna.

Dial Ocean Star Decompression Timer 1961 yang bakal dilancarkan pada November ini juga hampir menyerupai pendahulunya, memperlihatkan tona putih keperakan bersama bezel firus sekali gus mempamerkan keindahan 'vintage' yang segar dan menawan.

Hadir bersama kaliber 80, memberikan jam tangan model retro yang disulami penampilan moden ini rizab kuasa sehingga 80 jam.

Bagi peminat seni, sudah pasti jam tangan ini akan memenuhi cita rasa mereka apabila tampil bersama tiga rekaan tali jam menawan iaitu keluli yang digilap, fabrik firus dan kulit 'patinated'.

Sebagai penghargaan kepada model asal, Mido menghasilkan semula warna cerah kepada dial putih keperakan pada Ocean Star Decompression Timer 1961 bagi mengekalkan keaslian instrumen peraturan menyelam.

Kedalamannya ditunjukkan pada angka 12 jam berkenaan berdasarkan pengiraan meter dan kaki malah, untuk penglihatan di bawah air, Super-LumiNova®️ menghiasi tangan dengan jam dan minit serta indeks yang digilap.

Terhad hanya 1,961 buah, jam tangan berkonsepkan sukan selam hadir bersama ukuran lilit 40.5 milimeter (mm) dan gaya 'glassbox', kristal dan bezel berputar.- Foto/Ihsan Mido
Terhad hanya 1,961 buah, jam tangan berkonsepkan sukan selam hadir bersama ukuran lilit 40.5 milimeter (mm) dan gaya 'glassbox', kristal dan bezel berputar.- Foto/Ihsan Mido

Logo Mido yang asli juga ditampilkan sebagai hiasan yang digilap pada dail putih keperakan dan sebagai ukiran pada selongsong (casing) belakang, mahkota dan kancing tali.

Menggunakan 'glassbox' kristal sapphire, membuatkan Ocean Star Decompression Timer 1961 tahan calar dan diperkukuhkan lagi dengan penampilannya yang vintage.

Bagi menambah nilai estetika, selongsong (case) berukuran lilit 40.5 mm dihasilkan daripada keluli tahan karat.

Melambangkan kepakaran pembuat jam tangan Switzerland dalam ketahanan air, logo Mido terukir pada sarung keluli tahan karat di sebelah nombor siri setiap kepingan.

'Glassbox' kristal sapphire, membuatkan Ocean Star Decompression Timer 1961 tahan calar. - Foto/Ihsan Mido
'Glassbox' kristal sapphire, membuatkan Ocean Star Decompression Timer 1961 tahan calar. - Foto/Ihsan Mido

Mahkota yang dilekatkan dan penutup sarung meningkatkan lagi daya tahan jam tangan, pada kedalaman sehingga 200 meter (20 bar/201 meter).

Dicipta oleh Mido pada 1944, koleksi Ocean Star diperkasakan dengan kebolehpercayaan, ibarat sebuah monumen yang dibina untuk membimbing lelaki memulakan penaklukan maritim dengan selamat.

Berita Harian X