PRODUK luar lebih baik daripada produk buatan tempatan. Itulah persepsi rakyat Malaysia apabila ingin membeli sebarang produk.
Lebih-lebih lagi apabila menyentuh isu fesyen, ramai tidak menyedari barangan tempatan juga kini sudah ditambahbaik setanding antarabangsa.
Justeru, sempena tarikh istimewa 12 Disember 2020 (12.12) ini, ratusan jenama tempatan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan jualan dan promosi hebat bersempena dengan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).
Ini antara 10 jenama fesyen yang boleh dipilih, rata-ratanya mengadakan promosi hebat seperti kombo dan potongan harga istimewa yang sukar didapati di mana-mana selain promosi 12.12.
- Fathiyah's Dream
Fathiyah's Dream kelolaan 2G Resources Sdn Bhd yang mempunyai butik fizikal di Seksyen 13, Shah Alam menawarkan pakaian muslimah untuk si kecil pada harga berpatutan.
Memfokuskan rekaan ringkas yang patuh syariah, setiap helaian dihasilkan teliti menggunakan jenis material yang memberi keselesaan dan mudah dibasuh supaya memudahkan kerja rumah ibu.
Sempena 12.12, Fathiyah's Dream menawarkan kombo tiga tudung daripada koleksi popular iaitu Teja, Nuha, Auni dan Sofea pada harga serendah RM99.
Mereka juga menawarkan kod promo bagi mendapatkan harga istimewa seperti 'blouse59' untuk pembelian dua helai blouse Jasmin, 'cover3' untuk tiga pasang stokin tangan dan banyak lagi di www.fathiyahdreams.com.
- Abas & Sal Batik
Bagi peminat batik, jangan lepaskan peluang jualan istimewa 12.12 ini kerana Abas & Sal Batik mengadakan promosi istimewa untuk produk terpilih.
Pakar dalam menyesuaikan rekaan dan corak batik dengan lukisan tangan mengikut cita rasa anda, perusahaan yang mula bertapak sekitar tahun 2015 ini banyak mendapat tempat di hati peminat batik dari dalam dan luar negara.
Abas & Sal Batik tidak hanya memfokuskan rekaan untuk orang dewasa, namun kanak-kanak juga diberi peluang untuk menggayakan corak batik untuk majlis rasmi atau santai.
Ikuti laman Facebook dan Instagram Abas & Sal Batik untuk mengetahui promosi terkini mereka sempena 12.12.
- CFE Batik
Sudah menghasilkan busana berasaskan batik sejak 2005, CFE Batik menyediakan pelbagai pilihan seperti baju kurung, kemeja lelaki, pakaian kanak-kanak, korporat, uniform dan kostum untuk acara istimewa.
Turut mendapat pengiktirafan Perbadanan Pembangunan Kraftangan Malaysia, CFE Batik menghasilkan cetakan batik lukisan tangan pada kualiti premium yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Sempena 12.12 ini, CFE Batik mengadakan promosi istimewa untuk koleksi tertentu buat pengunjung yang datang ke studio dan butik mereka yang terletak di Taman Melawati.
Layari www.cfemalaysia.net untuk melihat koleksi penuh yang ditawarkan CFE Batik sempena jualan 12.12.
- Wirdora
Jenama Wirdora yang menawarkan aksesori tudung eksklusif pada harga berpatutan pasti sudah tidak asing lagi buat gadis bertudung.
Terkenal dengan pelbagai rekaan kerongsang, pelitup muka, anting-anting, pin tudung dan banyak lagi aksesori tampak mewah, Wirdora menaikkan seri pemakai.
Rata-rata pelanggan Wirdora berpuas hati dengan rekaan kerana menepati cita rasa setiap peringkat umur, selain jaminan kualiti terbaik dengan adanya waranti khusus untuk setiap pembelian.
Layari wirdora-hq.myshopify.com pada 12.12 ini untuk menikmati diskaun istimewa bagi produk terpilih.
- BYARIANA
Mencari pakaian yang menepati Syariah Islam buat wanita kadangkala sukar ditambah pula dengan kekangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Jenama BYARIANA yang mempunyai butik ARIANA KUALA LUMPUR BOUTIQUE di Jalan Tasik Prima Puchong, menawarkan pelbagai pilihan seperti jubah, blaus, peplum, tudung mahupun aksesori untuk wanita Muslimah.
Lebih 30 pilihan warna boleh dijadikan pilihan, BYARIANA juga menawarkan kelengkapan ihram untuk wanita sebagai persiapan sebelum ke tanah suci.
Kunjungi butik mereka hari ini atau layari www.byariana.com untuk untuk menikmati jualan hebat sempena 12.12.
- Asty Couture
Pemakaian stoking tangan tidak diwajibkan dalam Islam namun ada wanita yang menjadikannya salah satu aksesori ketika bergaya.
Jika anda mahu menggayakan stoking tangan tampak unik dengan rekaan renda, Asty Boutique patut dijadikan pilihan.
Dapatkan koleksi terkini mereka, Anggun yang hadir dengan warna pastel sesuai untuk majlis kahwin atau keramaian lain.
Kunjungi butik Asty Couture yang terletak di Sunway Kayangan, Shah Alam atau ikuti laman Facebook Asty Couture untuk promosi terkini sempena 12.12.
- BinMansor
Tengkolok atau tanjak adalah aksesori kepala lelaki tradisional yang diperbuat daripada kain songket dan diikat mengikut gaya serta makna tersendiri.
Sempena 12.12 ini, jenama BinMansor menawarkan tanjak dan pelbagai lagi busana tradisional lelaki Melayu seperti baju Melayu dan sandal pada harga istimewa.
BinMansor juga menjual baju-T, topi dan pelitup muka dengan cetakan logo rasmi BinMansor bagi anda yang mahukan kelainan.
Layari binmansor.com hari ini untuk mendapatkan harga istimewa sempena 12.12.
- Songkok Masood Hussin
Selain tanjak, songkok juga banyak dijadikan pilihan jejaka yang mahu menyerlahkan penampilan dalam menggayakan busana kasual atau pakaian tradisional untuk majlis tertentu.
Songkok Masood Hussin patut dijadikan pilihan kerana mereka adalah pakar dalam bidang pembuatan pelbagai jenis songkok sejak 1945.
Sempena 12.12 ini, nantikan promosi hebat untuk pelbagai jenis songkok baldu berkualiti tinggi di Facebook Songkok Masood Hussin.
- Lasports Malaysia
Ramai masyarakat moden memilih aktiviti sukan dan riadah sebagai salah satu gaya hidup kerana ia memberi kebaikan dan kesejahteraan tubuh badan.
Namun, penjagaan aurat buat lelaki mahupun wanita tetap perlu dititikberatkan dalam mengikut garis panduan agama supaya bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.
Lasports Malaysia mengambil inisiatif pertama dengan memperkenalkan tudung sukan yang diinspirasikan khas untuk muslimah aktif.
Sempena 12.12 ini, Lasports Malaysia menawarkan diskaun terhad RM100 untuk koleksi tudung sukan keluaran terbaru mereka.
Layari www.lasports.my hari ini untuk menikmati tawaran hebat ini dan juga promosi istimewa untuk koleksi pelitup muka tiga lapis mereka.
- Moor
Tidak dinafikan, produk berasaskan kulit banyak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana kualitinya yang bermutu tinggi.
Sempena 12.12 ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk berasaskan kulit keluaran Moor seperti dompet, beg, alat tulis dan banyak lagi.
Moor turut menawarkan sarung bantal kulit premium edisi terhad dan set penjagaan barangan kulit pada harga istimewa.
Layari www.moor.com.my hari ini atau kunjungi Facebook Moor untuk melihat promosi terkini mereka sempena 12.12.