Khamis, 29 Oktober 2020 | 11:29am
Habib Jewels raikan Oktober dengan Festival Batu Permata di bilik pamerannya.- Foto/Ihsan Habib Jewels
Habib Jewels raikan Oktober dengan Festival Batu Permata di bilik pamerannya.- Foto/Ihsan Habib Jewels

Kerdipan batu permata hiasan bilik pameran

KUALA LUMPUR: Jenama barangan kemas tempatan Habib Jewels meraikan bulan ini dengan Festival Batu Permata di semua bilik pamerannya di seluruh negara.

Festival itu bertujuan mempamerkan koleksi barangan kemas batu permata dalam pelbagai rona, bentuk dan karat pada loket, cincin, rantai tangan dan anting-anting.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sri Meer Sadik Habib, berkata syarikat itu berusaha menghasilkan barangan kemas terbaik untuk pelanggan mereka.

"Kami mempunyai koleksi untuk semua peringkat usia, gaya dan personaliti.

"Melalui festival ini, pelanggan boleh mempelajari dan menghargai pelbagai batu permata yang dipamerkan sepanjang bulan ini," katanya.

Selain itu, pelanggan juga boleh mempelajari mengenai batu kelahiran sepanjang festival ini. Antaranya ialah, batu permata garnet untuk kelahiran Januari, kecubung (amethyst) untuk kelahiran Februari dan aquamarine untuk kelahiran Mac.

BEBERAPA kawasan di bandar Kuala Terengganu yang mengalami banjir susulan hujan lebat berterusan. - Foto BERNAMA
BEBERAPA kawasan di bandar Kuala Terengganu yang mengalami banjir susulan hujan lebat berterusan. - Foto BERNAMA

Meer Sadik berkata, nilai batu permata bergantung kepada potongan, warna, saiz, kejelasan dan inklusif batuan itu.

Nilai batu delima, nilam dan zamrud merupakan tiga permata berharga selepas berlian. Batuan ini disifatkan berharga kerana mempunyai nilai ketahanan tinggi.

"Ini menjadikan barangan kemas bertatahkan tiga permata ini tahan lebih lama dan boleh digayakan setiap hari, katanya.

Habib menawarkan lebih 1,000 rekaan barangan kemas batu permata dengan harga mampu milik di semua bilik pamerannya.

Katanya, pelanggan boleh memiliki cincin emas putih 9 karat bertatahkan batu permata pada harga RM365.

Pihaknya juga menawarkan hadiah istimewa jam tangan Ice Watch dari koleksi Ice Steel secara percuma kepada pelanggan yang membeli barangan kemas berlian dan batu permata bernilai RM8,000 dalam satu resit.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran HABIB berdekatan sebelum Sabtu ini.

Lukisan ‘fronliner’ berpelukan pernah tular diterjemahkan semula dalam bentuk lukisan hasil sentuhan Zarini Junita, antara dipamerkan dalam pameran komuniti Artgeng di Yayasan Warisan Johor (YWJ).- Foto/Omar Ahmad

Berita Harian X