Sabtu, 16 Oktober 2021 | 3:15pm

Saksikan teater muzikal Sirah Junjungan- Tahajjud Cinta

SIRAH Junjungan - Tahajjud Cinta adalah sebuah 'Drama Muzikal' arahan Erma Fatima yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu kisah Nabi dan Selawat.

Satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara  akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah SAW bersempena menyambut Maulidur Rasul.

Teater muzikal Islamik ini merakamkan segala peristiwa penting dari tarikh keputeraan Rasulullah SAW, sehingga Baginda wafat.

Sirah Junjungan - Tahajjud  Cinta membawa khalayak menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi.

Perjuangan Nabi Muhammad SAW

Image

Sirah Junjungan -Tahajjud Cinta akan menggabungkan 20 pelakon utama, 80 pelakon tambahan dan 15 pemuzik yang akan bermain secara langsung, serta enam penyanyi latar dan tiga  penyanyi popular iaitu Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan Amy Search.

Sirah Junjungan -Tahajjud Cinta boleh disaksikan di tonton CINEMA bermula 19 October 2021.

Sirah Junjungan -Tahajjud Cinta boleh ditonton pada harga RM7.90. Layari laman web www.cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton.

Berita Harian X