Ahad, 14 Mei 2017 | 10:04pm

Fazura, Fattah curi tumpuan

FATTAH Amin pada kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
FATTAH Amin pada kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

PUTRAJAYA: Kehadiran aktres Nur Fazura Sharifuddin di permaidani merah Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 30) mencuri tumpuan ramai.

Bergaya anggun dengan rekaan sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini, kemunculannya mencetuskan suasana gamat apabila ditemani pelakon paling hangat ketika ini, Fattah Amin.

Saat pasangan yang disatukan dalam drama Hero Seorang Cinderella itu muncul, jeritan dan sorakan peminat gamat kedengaran manakala jurugambar tidak henti-henti merakamkan aksi mereka.

Fazura yang turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular mengakui, teruja apabila dapat menghadiri acara tahunan yang penuh gemilang itu.

"Rasa seronok kerana dapat memeriahkan acara ini. Saya datang kerana mahu menyokong BH yang selama ini banyak membantu kerjaya saya," katanya yang kelihatan anggun mengenakan gaun rona biru muda.

Pasangan ini mula mencetuskan fenomena selepas digandingkan dalam drama arahan Michael Ang.

Ekoran daripada itu, pelbagai label diberikan kepada pasangan ini sehingga timbul gosip kononnya mereka bercinta.

Fazura bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menyifatkan ia hanya khabar angin semata-mata.

Berita Harian X