Ahad, 9 April 2017 | 5:53pm
DATUK Siti Nurhaliza. - Foto Nik Hariff Hassan
DATUK Siti Nurhaliza. - Foto Nik Hariff Hassan
KOMPOSER, Aubrey Suwito bersama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ketika rakaman lagu baharu di Cranky Studio, Damansara. - Foto Aswadi Alias
KOMPOSER, Aubrey Suwito bersama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ketika rakaman lagu baharu di Cranky Studio, Damansara. - Foto Aswadi Alias

Siti selesai rakam album baharu

KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza selesai merakamkan album terbaharu yang diberi judul SimetriSiti.

Memulakan proses rakaman pada 7 Mac, Siti melunaskan tanggungjawab menghasilkan buah tangannya itu, Khamis lalu, biarpun berdepan masalah kesihatan.

Memberitahu BH Online, Siti bersyukur proses rakaman SimetriSiti dipermudahkan biarpun dalam kesihatan yang disifatkannya 'turun naik'.

"Dalam keadaan yang tak sihat, alhamdulillah Siti berjaya menyelesaikannya sebaik mungkin mengikut tempoh ditetapkan.

"Diharapkan album ini menjadi antara yang terbaik dihasilkan buat peminat dan penggemar Siti," katanya.

Siti memberitahu, dia turut merakamkan lagu ciptaan sendiri berjudul Penghiburku.

"Siti mahu abadikan lagu ciptaan sendiri kerana sudah lama tak berbuat demikian. Walaupun lama nak dapat idea, tetapi sekali datang ilham, sekejap saja lagu dihasilkan.

"Siti hasilkan lirik lagu ini dalam studio. Lagu ini juga agak istimewa dan diharap peminat teruja menantinya," katanya.

Siti pernah mencipta lagu dan lirik berjudul Hati Berbisik, Intrig Cinta dan Cahaya Cinta.

SimetriSiti boleh ditempah sebelum akhir bulan ini. Ia akan dilancarkan pada 5 Mei depan dan dipasarkan pada 10 Mei.

Berita Harian X