Rabu, 29 March 2017 | 12:27pm
HISYAM membawakan watak Rahim iaitu sebagai pembuat batu nisan.
HISYAM membawakan watak Rahim iaitu sebagai pembuat batu nisan.

Hisyam Hamid bawa watak tukang batu nesan

HISYAM bergandingan bersama Mawar Rashid dalam telefilem seram Mati.
HISYAM bergandingan bersama Mawar Rashid dalam telefilem seram Mati.

KUALA LUMPUR: Asyik melakonkan watak stereotaip terutama hero romantik membuatkan Hisyam Hamid, 31, tidak berfikir panjang menerima tawaran membintangi telefilem Mati yang menampilkan sisi lakonan berbeza.

Hisyam yang mencipta nama melalui drama rantaian, Ariana Rose, teruja bercerita mengenai watak Rahim yang digambarkan sebagai pembuat batu nesan yang menuntut bela atas kematian isteri.

"Sudah lama saya ingin melakonkan watak berat. Apabila ditawarkan watak Rahim, isteri yang juga pengurus saya, Melrose terus bersetuju.

"Tidak mahu terikat dengan genre sama, saya mencabar diri membawa pelbagai watak," katanya kepada BH Online.

Berkongsi kisah dipaparkan dalam Mati, Hisyam memberitahu, Rahim adalah suami kepada Mawar yang dirogol sehingga mati.

"Rahim kemudian mencari pembunuh isteri untuk membalas dendam. Namun, pada masa saya, Rahim ada sisi hitam," katanya yang bakal berganding dengan bintang baharu, Mawar Rashid dalam telefilem berkenaan.

Hisyam menambah, dalam kisah mendebarkan itu, watak Rahim digambarkan sebagai pembuat batu nesan yang mempunyai pancaindera keenam dan boleh mendapat petanda kematian orang lain dalam mimpi.

"Saya baru selesai menjalani penggambaran Mati. Biarpun Mawar jauh lebih muda, namun keserasian melakonkan watak suami isteri tidak susah.

"Alhamdulillah, saya tidak mengalami gangguan mistik sepanjang penggambaran walaupun sering berada di lokasi pada sebelah malam. Ini pengalaman baharu untuk saya," katanya.

Berita Harian X