Isnin, 28 November 2016 | 1:19am
PENYANYI, Nora tersingkir pada separuh akhir Gegar Vaganza di Auditorium MBSA. - Foto Saifullizan Tamadi.
PENYANYI, Nora tersingkir pada separuh akhir Gegar Vaganza di Auditorium MBSA. - Foto Saifullizan Tamadi.

Nora tersingkir, enam penyanyi mara ke pentas akhir GV3

PENYANYI yang layak ke pentas akhir Gegar Vaganza (dari kiri), Gmie, Ameng, Zarul, Intan Sarafina dan Azharina selepas tamat peringkat separuh akhir di Auditorium MBSA. 0- Foto Saifullizan Tamadi.
PENYANYI yang layak ke pentas akhir Gegar Vaganza (dari kiri), Gmie, Ameng, Zarul, Intan Sarafina dan Azharina selepas tamat peringkat separuh akhir di Auditorium MBSA. 0- Foto Saifullizan Tamadi.

SHAH ALAM: Azharina Azhar, Siti Sarah dan Zarul menepati ramalan awal apabila melangkah ke pentas akhir pertandingan Gegar Vaganza 3 (GV3), Ahad ini.

Turut memberi saingan sengit merebut gelaran juara edisi terbaharu pertandingan itu adalah Intan Sarafina, Ameng dan Gmie.

Nora menjadi penyanyi terakhir tersingkir dan gegarannya terhenti pada pertandingan separuh akhir.

Peserta dipilih oleh juri profesional Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan, Puan Sri Tiara Jaquelina.

Pada pentas separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi, semua peserta membawakan dua lagu iaitu solo dan duet bersama penyanyi undangan masing-masing.

Seramai 12 peserta bersaing selama lapan minggu pada edisi GV3.

Pertandingan akhir bakal menyaksikan setiap peserta mempersembahkan dua lagu.

Berita Harian X