Selasa, 25 Oktober 2016 | 10:00am

Rock Bro! terus menggegar, dapatkan tiket percuma anda!

KUALA LUMPUR: Istimewa buat pengikut Facebook BH Online, akhbar BH dan penerbit filem Rock Bro!, Grand Brilliance Sdn Bhd menganjurkan Kuiz Rock Bro! - BH sempena tayangan filem ini.

Menyediakan dua soalan mudah, pembaca hanya perlu menghantar jawapan betul melalui kolum 'komen' bagi mendapat dua tiket menonton filem Rock Bro! arahan Mamat Khalid ini.

Sebanyak lima status berhubung Kuiz Rock Bro! - BH dimuat naik sejak semalam hingga Jumaat. Apa yang perlu dilakukan pengikut FB BH Online adalah menunggu posting ini dikongsi setiap hari.

Penganjur menyediakan 200 tiket menonton filem Rock Bro! kepada pengikut FB BH Online yang bertuah.

Jadi, usah berlengah lagi, sila kemukakan jawapan anda segera bagi mendapatkan tiket menonton filem yang bakal menggamatkan pawagam ini.

Peraduan Rock Bro! - BH dianjurkan mulai semalam hingga Jumaat 28 Oktober. Pemenang akan dihubungi penganjur melalui Facebook masing-masing.

Rock jangan tak rock!

Soalan

1. Bila filem Rock Bro! mula ditayangkan?

2. Berikan nama tiga pelakon filem Rock Bro!

KUIZ Rock Bro! dalam www.facebook.com/bhonline
KUIZ Rock Bro! dalam www.facebook.com/bhonline
Berita Harian X