Isnin, 24 Oktober 2016 | 9:10am

Jom rebut 200 tiket tonton filem Rock Bro!

KUALA LUMPUR: Istimewa buat pengikut Facebook BH Online, akhbar BH dan penerbit filem Rock Bro!, Grand Brilliance Sdn Bhd menganjurkan Kuiz Rock Bro! - BH sempena tayangan filem ini.

Menyediakan dua soalan mudah, pembaca hanya perlu menghantar jawapan betul melalui kolum 'komen' bagi mendapat dua tiket menonton filem Rock Bro! arahan Mamat Khalid ini.

Sebanyak lima status berhubung Kuiz Rock Bro! - BH akan dimuat naik setiap hari mulai hari ini sehingga Jumaat. Apa yang perlu dilakukan pengikut FB BH Online adalah menunggu posting ini dikongsi setiap hari.

Usah berlengah lagi, sila kemukakan jawapan anda segera bagi mendapatkan tiket menonton filem yang bakal menggamatkan pawagam ini.

Peraduan Rock Bro! - BH dianjurkan mulai hari ini hingga Jumaat 28 Oktober. Pemenang akan dihubungi penganjur melalui Facebook masing-masing.

Rock jangan tak rock!

Soalan

1. Siapa pengarah filem Rock Bro!?

2. Rock Bro! adalah filem trilogi. Berikan dua lagi judul filem dalam trilogi ini.

KUIZ Rock Bro! dalam www.facebook.com/bhonline
KUIZ Rock Bro! dalam www.facebook.com/bhonline

Berita Harian X