Isnin, 20 Jun 2016 | 2:09pm

Fadlan Hazim masuk hospital kerana penyakit tonsil

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fadlan Hazim, 24, dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak seminggu lalu berikutan penyakit tonsil selain jangkitan kuman di kerongkong.

Katanya, dia terpaksa menangguhkan pemeriksaan dengan doktor disebabkan kekangan masa namun bekas anggota kumpulan VIP itu akhirnya ke hospital minggu lalu selepas tidak mampu menanggung kesakitan.

PELAKON, Fadlan Hazim.
PELAKON, Fadlan Hazim.

"Sebenarnya saya sudah sebulan menahan sakit. Silap saya juga kerana tidak pergi menjalani pemeriksaan mahu pun mendapatkan rawatan. Doktor nasihatkan saya 'tinggal' di wad untuk memastikan jangkitan di kerongkong merebak ke paru-paru.

"Doktor mengesahkan sel darah putih saya tinggi, bermaksud bakteria banyak dalam darah. Saya disuntik antibiotik setiap hari bagi mengurangkan penyebaran bakteria.

"Pada masa sama setiap hari saya perlu menjalani ujian darah bagi memantau keadaan. Memang agak menyakitkan dan saya harap didoakan supaya saya cepat sembuh," katanya.

Buat masa ini, Fadlan berkata, dia tidak dapat bercakap disebabkan bengkak pada tekaknya yang semakin teruk sekali gus keadaan itu membantutkan urusan pekerjaan yang sudah dipersetujui lebih awal.

"Saya harap kesihatan saya dapat pulih dengan segera kerana memikirkan beberapa tugas yang tertangguh. Saya mohon maaf andai keadaan ini menyebabkan orang lain pun terkena tempiasnya," ulasnya lagi.

FADLAN dinasihatkan doktor untuk berehat di hospital.
FADLAN dinasihatkan doktor untuk berehat di hospital.

MENTERI Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal. - Foto Hairul Anuar Rahim
MENTERI Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal. - Foto Hairul Anuar Rahim

Berita Harian X