Khamis, 15 Oktober 2015 | 4:08pm

47 penggiat seni ditawar ikuti pengajian di UUM

SEBAHAGIAN artis yang menerima surat tawaran pengajian dari UUM pada majlis penyerahan surat tawaran oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (lima berdiri dari kanan) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Seramai 47 orang penggiat seni ditawarkan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kreatif (BCIM) dan Sarjana Sains Pengurusan mod Penyelidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hazama, Tomok, Aril, Taja (Meet Uncle Hussein), Fiza Elite, Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Fiffy Natasha dan Adibah Yunus dipilih diantara 35 orang mengikuti program (BCIM).

Mereka adalah pelajar pengambilan pertama bagi program yang dijangka bermula Oktober ini di UUM kampus, di sini.

Kumpulan pertama ini akan mengikuti program dengan struktur kursus yang sama seperti pelajar sepenuh masa dan kualiti pembelajaran yang terjamin lima tahun pengajian.

Antara objektif utama penawaran program ini adalah memberi peluang kepada penggiat seni untuk menimba ilmu dan mengembangkan kerjaya untuk masa hadapan.

Manakala Datuk Eizlan Yusof dan Fizo Omar adalah antara 12 yang akan mengikuti program Sarjana Sains Pengurusan mod Penyelidikan di bawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) UUM.

Berita Harian X