X
Isnin, 6 April 2015 | 1:32pm
PEMENANG Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam bersama ahli keluarga pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee
PEMENANG Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam bersama ahli keluarga pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee
PEMENANG Penyanyi Lelaki Popular, Akim Ahmad pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee
PEMENANG Penyanyi Lelaki Popular, Akim Ahmad pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee
PELAWAK, Didie Alias pada Anugerah Bintang Popular 2014 (ABPBH) di Arena Of Stars. - Foto Surianie Mohd Hanif
PELAWAK, Didie Alias pada Anugerah Bintang Popular 2014 (ABPBH) di Arena Of Stars. - Foto Surianie Mohd Hanif
SHAHEIZY Sam merakam gamba selfie bersama peminat. - Foto Surianie Mohd Hanif
SHAHEIZY Sam merakam gamba selfie bersama peminat. - Foto Surianie Mohd Hanif
DIDIE Alias dan Ayda Jebat pada Anugerah Bintang Popular 2014 di Arena Of Stars. - Foto Surianie Mohd Hanif
DIDIE Alias dan Ayda Jebat pada Anugerah Bintang Popular 2014 di Arena Of Stars. - Foto Surianie Mohd Hanif

Aura ABPBH hangatkan Genting Highlands

SHAHEIZY Sam bersama ahli keluarganya di atas pentas pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee
SHAHEIZY Sam bersama ahli keluarganya di atas pentas pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee

GENTING HIGHLANDS: Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH) berlangsung dengan begitu meriah di Arena Of Stars, di sini, malam tadi.

Selepas dua tahun tidak diadakan di kota keriangan sejak ABPBH 2012 dan 2013 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), acara yang dinanti-nantikan ramai itu kembali menghangatkan kedinginan lokasi percutian popular itu.

Persembahan Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah begitu memukau dengan keampuhan vokal mereka yang tidak dapat disangkal lagi.

Gabungan dua nama besar dalam industri hiburan tempatan mendendangkan lagu tribute Datuk Sharifah Aini adalah langkah bijak pihak penganjur.

Sementara itu, segmen tribute kepada Seniman Tan Sri SM Salim oleh empat jejaka iaitu Hazama, Akim, Black dan Lan & The Typewriter mendapat sorakan ramai.

Kelantangan suara mereka berempat dan digabungkan buat julung kalinya menggegarkan pentas anugerah berprestij itu.

Segmen berkenaan diwujudkan seiring dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang diserahkan kepada beliau bersempena edisi ke -28 penganjuran Anugerah kebanggaan akhbar BH itu.

Manakala persembahan Elizabeth Tan, Azmil Mentor dan Mark Adam membuka mata ramai terhadap bakat yang dimiliki oleh tiga pendatang baru ini.

Elizabeth membawakan lagu popularnya, Knock Knock manakala Mark Adam pula mempersembahkan lagu Marry Me yang rancak dimainkan di corong radio tempatan.

Manakala Azmil pula memilih untuk menyanyikan lagu Not The Only One nyanyian Sam Smith. Elizabeth dan Mark turut tampil bersama Azmil menyanyikan lagu itu.

Acara itu dikendalikan Amy Mastura, Sherry Alhadad dan AG Hot FM. Sesekali usikan mereka di atas pentas menggamatkan suasana.

PERSEMBAHAN dari Black, Hazama, Akim dan Azlan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee
PERSEMBAHAN dari Black, Hazama, Akim dan Azlan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Aziah Azmee

Sementara itu, beberapa insiden menarik tersenarai dalam corat coret anugerah berprestij itu malam tadi;

*Busana yang digayakan oleh penyanyi Adira tersangkut di kerusi ketika beliau diumumkan memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular.

*Seluruh ahli keluarga Shaheizy Sam menggamatkan pentas ABPBH ketika beliau diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2014.

*Penerbit tempatan Zeel Production, Fadzil Teh keciciran dompetnya dalam kesibukan majlis malam tadi.

*Ucapan yang dibuat oleh Abam Bocey berbunyi 'Gemuk is awesome' mendapat sorakan ramai.

* Fathia Latiff tersasul menyebut kategori yang disampaikan bersama Zul Ariffin dan turut menyebut penganjuran ABPBH sudah 25 tahun sedangkan sudah 28 tahun anugerah ini dilangsungkan.

* Neelofa selamat tiba ke tanah air pada petang hari ABPBH berlangsung selepas mengerjakan umrah bersama keluarga dan bergegas ke Genting Highlands untuk memeriahkan acara ini.

* Didie Alias balik hotel tukar baju 'pelik' nya dan hadir berpakaian biasa ke acara post party ABPBH 2014 ditemani anaknya, Muhammad Dayyan.

* Beberapa pasangan artis hadir membawa cinta hati mereka seperti Lana Nodin ditemani Daud Mckienzie, Sherry Ibrahim dan Fattah Amin, Adira dan tunang, Sharnaaz Ahmad dan Anis Al Idrus, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza.

* Kelihatan kelab peminat artis Neelofa, Ayda Jebat, Zul Ariffin, Akim, Adira dan Nad Zainal sanggup menunggu artis kesayangan mereka hingga ke lewat pagi untuk meraikan kejayaan. Malahan ada juga kelab peminat yang sanggup bertemu artis mereka itu hingga ke hotel.

* Pelakon yang dikaitkan dengan Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin yang asalnya duduk di

barisan atas VIP diajak turun ke barisan tempat duduk bawah di bawah label VVIP.

Berita Harian X