Rabu, 27 April 2016 | 11:24am
ANTARA hidangan yang dijual perwakilan.
ANTARA hidangan yang dijual perwakilan.
ANTARA makanan Malaysia yang menarik perhatian pengunjung.
ANTARA makanan Malaysia yang menarik perhatian pengunjung.

Kerabat diraja Jepun minat produk Malaysia

PUTERI Hitachi diiringi Rose (kiri) tertarik dengan produk kraf tangan yang dipamerkan gerai Malaysia.
PUTERI Hitachi diiringi Rose (kiri) tertarik dengan produk kraf tangan yang dipamerkan gerai Malaysia.

ROTI jala, kari ayam, daging masak kicap, ayam masak merah, kuih-muih Melayu seperti bingka, karipap dan seri muka antara hidangan yang dijual Perwakilan Tokyo, pada Asia Pacific Festival and Charity Bazaar 2016 di ANA Intercontinental Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

Tanpa diduga gerai makanan Malaysia antara gerai yang mendapat tumpuan pengunjung antarabangsa yang menyertai program tahunan kali ke-40 anjuran Asia Pacific Ladies Friendship Society (ALFS).

ALFS adalah organisasi kebajikan yang dianggotai isteri diplomat dari 26 negara di rantau Asia Pasifik dengan objektif menjalin hubungan persahabatan antara negara melalui kegiatan amal dan kebajikan.

Makanan berkenaan yang disediakan perwakilan dalam kuantiti yang agak banyak dapat dijual dalam masa singkat, pada sama berjaya diperkenalkan kepada pengunjung yang hadir ke majlis itu yang menyaksikan kehadiran lebih 1,000 pengunjung.

Puteri Hitachi suka makanan Malaysia

Apa yang menarik, masakan Malaysia seperti kari ayam juga amat diminati Puteri Hitachi yang turut membuat pesanan khas kepada Perwakilan Tokyo untuk menyediakannya.

Baginda merasmikan majlis berkenaan yang disertai duta dan isteri masing-masing. Turut hadir, isteri Perdana Menteri Jepun, Akie Abe serta Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris dan isteri, Datin Rose Abdullah.

Selain sambutan memberangsangkan terhadap hidangan Malaysia, gerai kraftangan negara kita juga turut mendapat sambutan baik daripada pengunjung.

Ramai yang tertarik dengan produk seperti kain batik, kain pelekat, selendang, kaftan, blaus bermotif batik, alas meja, rantai manik dan barangan kerja tangan ahli perwakilan seperti tempat meletak tisu dan bingkai gambar.

ANTARA makanan Malaysia yang menarik perhatian pengunjung.
ANTARA makanan Malaysia yang menarik perhatian pengunjung.

Promosi Malaysia

Pada majlis itu, Puteri Hitachi dan Akie turut mengambil kesempatan membeli kain batik Sarawak yang mempunyai motif dan warna yang menarik.

Rose yang juga Presiden Perwakilan Tokyo, berkata hasil kutipan bazar pada tahun ini sebanyak RM14,218 (409,310 yen) adalah sangat baik dan menggalakkan.

Pada masa sama, katanya, program sedemikian dapat membantu mempromosi dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia menerusi budaya dan produk makanan serta hasil kraftangan rakyat tempatan.

Jelas beliau, kerjasama antara ahli Perwakilan dalam menjayakan program itu juga amat dihargai malah program itu dapat merapatkan lagi hubungan

yang sedia terjalin antara mereka.

"Ahli Perwakilan bekerja keras bermula daripada merancang, membeli, memasak dan menjual pada hari majlis berlangsung dalam suasana meriah. Tanpa bantuan semua agak sukar menjayakan program tahunan ini dan terima kasih diucapkan kepada semua Perwakilan yang menjayakannya," katanya.

PROGRAM begini dapat membantu mempromosi dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia menerusi budaya dan produk makanan serta hasil kraftangan rakyat tempatan.
PROGRAM begini dapat membantu mempromosi dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia menerusi budaya dan produk makanan serta hasil kraftangan rakyat tempatan.

Agih sama rata

Rose berkata, wang dikumpul ALFS itu akan diagihkan secara sama rata kepada semua negara anggota yang mengambil bahagian dan akan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan khususnya untuk keperluan golongan wanita dan kanak-kanak di negara masing-masing.

"Tahun lalu, Perwakilan Tokyo menyumbang sebanyak RM14,377 (404,778 yen) kepada Madrasah Hashimiah di Batu Caves, Selangor manakala Pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti Bedong, Kedah sebanyak RM21,327 (607,168 yen)," katanya.

Berita Harian X