Rabu, 15 Disember 2021 | 5:02pm
FOTO Hiasan
FOTO Hiasan

Digitalisasi bantu Irene Aquarium jana lebih pendapatan

IRENE Aquarium adalah perniagaan kedai haiwan peliharaan yang diasaskan lebih 20 tahun lalu.

Perniagaan keluarga yang terletak di Petaling Jaya itu kini dikendalikan oleh ibu dan anak, Vivien dan Darren Cheong. 

Vivien melihat potensi untuk meraih lebih jualan dalam talian dan ingin mendigitalkan perniagaannya, meskipun beliau tiada pengetahuan dan pengalaman dalam dunia digital.

Bagaimanapun, beliau bersyukur menerima sokongan anak lelakinya yang mahir dalam digital dan membantunya membina laman web.

Seiring perkembangan arus digital, kedua beranak ini tekad menceburkan diri dalam platform e-dagang dan media sosial.

Kini jualan dalam talian Irene Aquarium meningkat maju walaupun dalampandemik. Semuanya kerana keberanian Vivien untuk mendigitalisasi dan ilmu yang dikongsi bersama keluarga. 

"Beralih secara digital adalah satu langkah berani yang kami ambil. Namun, siapa sangka, perniagaan kami terus berkembang maju," kata Irene.

Raih pelanggan baharu

Bagi Vivien dan Darren, amat penting untuk perniagaan terus maju dan berjalan lancar.

Jadi, mereka memutuskan untuk menceburi pemasaran digital demi meraih lebih pelanggan berpotensi menjangkau kawasan Lembah Klang.

Namun, mereka tidak biasa dengan aspek teknikal pengiklanan dalam talian, terutamanya bagi platform seperti Google dan Facebook.

Mereka memerlukan penyelesaian yang mampu menunaikan hasrat mereka dengan mudah. 

Oleh itu, Maxis SME Help Squad mencadangkan penyelesaian Digital Marketing Lite dan membantu mereka mendaftar Geran Digitalisasi PKS PENJANA serta menuntut dana sehingga RM5,000*.

Kini dengan Digital Marketing Lite, Vivien dan Darren menikmati manfaat perkhidmatan pakar pemasaran digital untuk bantu merancang, melaksana dan optimumkan iklan mereka di Facebook dan Google sekali gus mendapatkan pelanggan baharu serta meraih jualan dalam dan luar talian.

Anda juga boleh jadi UsahaWIRA

Jika anda mempunyai masalah untuk meraih pelanggan baharu atau ingin menjana lebih jualan, Maxis Business sedia untuk menawarkan anda dengan panduan dan penyelesaian digital.

Klik sini untuk mulakan kembara digital serta tebus sehingga RM5,000* hari ini. 

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Berita Harian X