Isnin, 6 Disember 2021 | 12:28pm
DHause turut membantu usahawan dari segi operasi dan strategi pemasaran, seperti kit promosi berkenaan fotografi - FOTO Creamy Cream.
DHause turut membantu usahawan dari segi operasi dan strategi pemasaran, seperti kit promosi berkenaan fotografi - FOTO Creamy Cream.

Platform e-dagang MDEC perkasa kemampuan penjualan perniagaan tempatan

SEJAJAR dengan matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), agensi utama peneraju transformasi digital di negara ini, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menjalankan Kempen Go-eCommerce Onboarding dan Kempen Shop Malaysia Online (SMO).  

Kedua-dua inisiatif ini dilaksanakan bermula Julai lalu, adalah berdasarkan konsep pembiayaan awam-swasta dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2021. 

Kerajaan telah menyuntik pakej insentif bernilai RM200 juta yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada perniagaan tempatan daripada pelbagai sektor untuk menyertai platform e-dagang dan e-bayar. 

Keberkesanan inisiatif MDEC di Sarawak

Setakat September 2021, kempen Belanjawan 2021 Go-eCommerce Onboarding dan SMO telah berjaya menarik penglibatan 18,128 usahawan e-dagang di Sarawak, dengan mencatat Nilai Barangan Kasar (GMV) terkumpul bernilai RM30 juta. 

Bagi menjayakan Go-eCommerce Onboarding di Sarawak, MDEC telah bekerjasama dengan beberapa rakan platform e-dagang tempatan, antaranya ialah DHause untuk membantu lebih ramai usahawan di negeri berkenaan untuk menggunakan platform e-dagang.

Antara keunikan perkhidmatan platform e-dagang DHause ialah peniaga boleh menjual produk mereka dengan komisen kosong peratus.

Selain, menyediakan penyedia e-dompet dan e-bayar untuk memudahkan transaksi pembelian di mana wang akan disalurkan secara terus ke dalam akaun penjual.  

Platform DHause turut menyediakan platform logistik terbuka yang membolehkan penyedia logistik yang layak untuk menyertai. 

Dengan ciri yang dipermudahkan, pembeli mempunyai akses kepada ketelusan dan boleh berhubung terus dengan penjual. 

Untuk membuka ruang perniagaan kepada orang ramai, platform DHause turut menyediakan pelbagai program pemacu komuniti.

Sehingga kini, DHause telah berjaya membantu 171 usahawan tempatan di Sarawak untuk menggunakan platform mereka dan berjaya menjana jualan sebanyak RM55,000.

Ikuti perkongsian usahawan dari Sarawak, antara individu hebat yang tidak melepaskan peluang memanfaatkan platform e-dagang DHause dalam perniagaan beliau. 

Perniagaan kecil bakeri terima sambutan

Image

Memulakan perniagaan ketika musim pandemik bukan suatu perkara mudah, namun Abby Chiew berjaya meneruskan perniagaannya meski berdepan cabaran. 

Perniagaan menjual kek hari jadi dan pencuci mulut Creamy Cream bermula pada 2019 di Kuching, Sarawak adalah inisiatif sendiri dengan bantuan daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.

Pada awal perniagaan, Abby menggunakan media sosial Facebook sebagai platform untuk mempromosikan produk bakerinya. 

Setiap bulan, Abby hanya menerima tempahan sebanyak 10 biji kek melalui jualan pra-pesanan. 

Namun, selepas menyertai platform DHause pada September 2021, DHause telah membantu Abby untuk mengembangkan capaian pelanggan beliau berbanding sebelum ini, selain berjaya mencatatkan peningkatan jualan.

Selain menyediakan platform e-dagang, DHause turut membantu Abby daripada segi keberkesanan operasi dan strategi pemasaran, seperti kit promosi berkenaan fotografi.

DHause juga membantu Abby dari segi proses onboarding, membantu Abby untuk membuat proses pengesanan tempahan (order tracking) untuk pesanannya, kerana beliau menjalankan perniagaan secara sendiri dari rumah. 

Platform Go-eCommerce Onboarding, SMO 

Kempen Belanjawan 2021 Go-eCommerce Onboarding dan SMO juga bertujuan untuk mengurangkan kos operasi dan memastikan perniagaan mereka memanfaatkan peluang baharu, meningkatkan capaian pelanggan dan membantu mereka terus berdaya saing.

Pada masa yang sama, matlamat kempen ini juga untuk meningkatkan keyakinan pengguna supaya membeli produk keluaran tempatan bagi memastikan perniagaan Malaysia tetap berdaya maju dan seterusnya dapat menyelamatkan pekerjaan semasa pandemik.

Kerajaan menyasarkan kempen ini dapat memanfaatkan sekitar 300,000 perniagaan tempatan termasuk 50,000 yang kali pertama mendaftar untuk sertai kempen ini. 

Jumlah nilai dagangan kasar yang disasarkan melebihi RM1 bilion dan mencapai 10 juta transaksi. 

Selain itu, kerajaan juga menyasarkan seramai 30,000 usahawan wanita mendapat manfaat daripada inisiatif ini untuk mendorong perniagaan mereka lebih berdaya maju.

Langkah ini dapat meningkatkan kemampuan penjualan dalam semua platform yang mengambil bahagian dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan. 

MDEC juga telah bekerjasama dengan 32 rakan penyedia platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, Storehub, Boost, Delivereat, Dhause, Dropee dan banyak lagi.

Tambahan RM100 juta turut diperuntukkan untuk membantu peniaga tempatan menyertai platform e-dagang melalui Kempen Go eCommerce.

Di bawah kempen SMO, kerajaan memberikan insentif seperti potongan harga  rebat dan baucar penghantaran kepada rakyat bagi mendorong lebih banyak pembelian secara dalam talian dari perniagaan dan produk tempatan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif e-dagang Belanjawan 2021 Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online, sila layari http://www.mdec.my/belanjawan2021.

Berita Harian X