Rabu, 20 Oktober 2021 | 3:42pm
Puding Raja merupakan makanan tradisional istana diraja Pahang kini di pasaran Jeddah. - FOTO Hiasan.
Puding Raja merupakan makanan tradisional istana diraja Pahang kini di pasaran Jeddah. - FOTO Hiasan.

Kejayaan PKS tembus pasaran global, bukan mudah

TIADA kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu. 

Untuk berjaya membangunkan sebuah perniagaan bukan satu perkara mudah terutama buat usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di saat ekonomi tidak stabil. 

Meski pun berdepan cabaran dan kekangan akibat pandemik, rata-rata usahawan kekal berusaha untuk menimba ilmu serta memperbaiki segala kelemahan dalam perniagaan masing-masing untuk berjaya. 

Ikuti kisah inspirasi lapan usahawan PKS yang menempuh pelbagai cabaran untuk menghasilkan produk jenama sendiri sehingga berjaya mendapat permintaan di pasaran luar negara. 

1. Oshmi Sambal Pahang

Image

Pengasas Oshmifood, Fatmawati Hussin berkata, minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan tercetus apabila melihat bapa beliau yang merupakan seorang peniaga dan peraih buah di kampung. 

Berkongsi pengalaman, pada tahun 2019 beliau pernah mengalami kerugian hampir RM80 ribu. 

Tambahnya, ketika itu mereka sudah menyediakan segala keperluan seperti produk dan dokumen untuk memasarkan produk mereka ke Pasaraya Mustapa di Singapura. 

Namun,  Fatmawati telah ditipu oleh agen yang bertanggungjawab dengan alasan rakan niaga melarikan diri. 

Belajar daripada pengalaman, beliau mengambil pendekatan untuk memasarkan produk Oshmifood dengan bantuan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 

"Pelbagai program anjuran FAMA dan bantuan yang disalurkan untuk membantu perniagaan saya untuk berkembang seperti melantik agen daripada pelajar kolej di bawah kelolaan pihak FAMA. 

Antara produk keluaran Oshmifood Sdn Bhd adalah Sambal Pahang, Cili Jeruk, dan Sambal Gesek," katanya. 

Keunikan produk keluaran Oshmifood adalah setiap produk yang dihasilkan memiliki sijil ketahanan produk selama dua tahun, mudah dibawa dan semestinya mendapat pengiktirafan HALAL dan MESTI. 

Fatmawati berkata, produk mereka menerima sambutan baik di Singapura di mana jualan meningkat dan turut menerima anugerah seperti Anugerah Tokoh Usahawan Pahang. 

"Nasihat saya kepada usahawan lain, jangan putus asa dan sentiasa kuatkan semangat," tambahnya.  

Terdapat banyak cabaran yang akan dihadapi namun, apa yang penting adalah untuk buat pilihan yang bijak bersesuaian dengan perniagaan yang diuruskan. 

Dapatkan Oshmifood sekarang! 

2. Sos, Pes, Sambal Adeqsue

Image

Usahawan Shukuriah Abd Ghafar yang berasal dari Besut, Terengganu  ini pula berkongsi pengalaman sewaktu ingin memasarkan produk produk ke luar negara yang dianggap bukan suatu perkara yang mudah. 

Setiap faktor perlu diambil kira terutama citarasa tempatan negara tersebut serta keperluan dokumen yang berbeza bagi setiap negara. 

Produk keluaran Adeq Sue Resources dihasilkan dengan resipi asli seperti dimasak di rumah, mudah dan cepat untuk disediakan. 

Kejayaan syarikat Adeq Sue Resources Sdn Bhd boleh dilihat semakin berkembang dari tahun ke tahun apabila berjaya memasuki pasaran antaranya Australia, Singapura, Arab Saudi, Korea Selatan dan United Kingdom. 

"Walaubagaimanapun, ia bukan mudah kerana standard bagi kualiti negara seperti Australia dan Korea Selatan sangat tinggi dan ini adalah pencapaian paling membanggakan saya," katanya.

FAMA turut banyak berperanan dalam membantu syarikat mempromosikan produk di dalam dan luar negara serta dalam proses eksport produk.

Bercerita soal cabaran, ketika pandemik nilai eksport juga semakin bertambah dan syarikat pada ketika itu telah mengeluarkan satu produk baharu yang memfokuskan kepada produk premium dan sasaran jualan menerusi dalam talian. 

Nasihat Shukuriah buat peniaga lain adalah untuk tidak putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk memasarkan produk mereka. 

Dapatkan produk Adeq Sue sekarang! 

3Makanan sejuk beku Berkat Tuah

Image

Perusahaan bersifat perniagaan keluarga ini diuruskan oleh keempat-empat anak beliau. 

Selain pengasas  Mohamed El Azamri Mohamed Idris sendiri memiliki latar belakang pendidikan pengurusan perniagaan mungkin dilihat sebagai kelebihan buatnya.

Namun, perniagaannya turut mengalami kesukaran terutama ketika menguruskan dokumentasi bagi setiap negara kerana memiliki kriteria dan prosedur berlainan. 

Tambahnya lagi, bahan asas utama bagi produk berasaskan daging, ayam dan ikan untuk sate memerlukan pensijilan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

Cabaran yang merumitkan ketika pandemik adalah apabila kesemua perancangan tergendala. 

"Akibat kilang tidak beroperasi sepenuhnya, permintaan daripada pasaran juga menurun dan proses eksport tergendala," tambahnya. 

Selain kesukaran kadar nilai mata wang yang berbeza dan sentiasa berubah menjadi masalah utama apabila berdepan pihak pemborong. 

Walaubagaimanapun, produk kelauran Berkat Tuah kini telah menembusi pasaran luar negara seperti Brunei, Singapura, Hong Kong dan Arab Saudi.

Lebih membanggakan, Roti Canai dan Satay Berkat Tuah boleh didapati di Taman Tema Disneyland di Hong Kong. 

Manakala, di negara lain produk Berkat Tuah boleh didapati di Pasaraya yang diuruskan oleh pemborong. 

Antara produk keluaran Berkat Tuah adalah roti canai segera, roti boom dan roti canai durian. 

Selain itu, Berkat Tuah merupakan syarikat pertama bumiputera Muslim yang mendapat pensijilan HALAL bagi produk keluaran bebola dan doh roti canai di Melaka. 

Dapatkan produk Berkat Tuah sekarang! 

4. Makanan ringan dan sejuk beku Sukre

Image

Makanan ringan sudah pasti menjadi kegemaran ramai. 

Anak keenam dari tujuh adik beradik dari Gemas, Negeri Sembilan ini mengusahakan produk makanan ringan dan sejuk. 

Berkongsi pengalaman, Kamil Sukre Mohamat berkata semasa pandemik syarikat Myuda Kamil Enterprise atau mesra dengan jenama SUKRE perlu menutup operasi selama hampir enam bulan kerana permintaan pasaran yang berkurang. 

"Kami pernah menjalankan perniagaan di beberapa pasaran luar negara yang antaranya di Arab Saudi, Singapura, China, dan di Indonesia.

Namun, ia bukan penghalang buat mereka kerana mengambil pendekatan untuk menceburi bidang perniagaan secara dalam talian yang akhirnya membantu perniagaan kami. 

Kesemua program pemasaran ini adalah dibawa oleh agensi kerajaan terutama FAMA, MATRADE, FELDA, dan Jabatan Pertanian serta MARA.

Rangkaian produk makanan ringan keluaran syarikat ini adalah Sukre kuih siput, mini rempeyek dengan perasa asli dan salted egg, dan kacang dhal goreng. 

Manakala produk sejuk beku pula antaranya Sukre Kuih Vadai Warisan, Rendang Maman ayam dan daging. 

"Antara kelebihan produk kami adalah kepelbagaian citarasa kepada para pelanggan kami. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan hamper dan doorgift untuk para pelanggan mengikut kesesuaian mereka.

Kamil berkata, beliau turut mendapat bimbingan khusus dari FAMA dan FELDA dalam memasarkan rangkaian produk SUKRE secara dalam talian. 

"Sehingga kini kami, mempunyai kedai di Shopee, Lazada, dan Agrobazaar di bawah nama Sukre_Official," tambahnya.

5. Kopi pracampuran Akifcafe

Image

Berasal dari Ketereh, usahawan Kopi Pracampuran, Asharuddin Arifin berkata minat yang mendalam dalam bidang pemprosesan kopi lahir menerusi penglibatan arwah bapanya dalam bidang itu sejak tahun 1980. 

Persaingan yang kuat dalam pasaran bidang kopi di Malaysia telah mendorong syarikatnya untuk mengeksport produk ke luar negara.

"Pada permulaan agak sukar untuk menembusi pasaran di Timur Tengah meski pasaran kopi 3 dalam 1 mendapat permintaan yang tinggi. 

"Lebih menyukarkan adalah untuk meyakinkan orang Arab disebabkan harga yang kami tawarkan agak tinggi berikutan berat setiap bungkus mengikut saiz pasaran di Malaysia.

"Selepas mengenalpasti pasaran dan citarasa produk di sana barulah kami berjaya mengeluarkan kopi mengikut citarasa dan harga yang kompetitif mengikut pasaran setempat," katanya. 

Produk Akifcafe turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari luar negara seperti negara China, Thailand dengan ciri citarasa tersendiri. 

Namun, tidak semudah yang disangka sepanjang pandemik COVID-19, pasaran kopi di dalam dan luar negara amat perlahan.

Pasaran di pasaraya turut merosot disebabkan kesukaran pengguna untuk membeli meski pasaran dalam talian banyak membantu dari segi penjenamaan produk serta memasarkan produk kepada pengguna.

Produk Akifcafe menekankan kepada reka bentuk pembungkusan luar yang menarik dan moden untuk menarik lebih ramai pembeli. 

Selain kopi yang dihasilkan turut menggunakan peralatan unik yang menggabungkan kaedah pembuatan kopi tradisional dan inovatif sekaligus menghasilkan kopi yang mempunyai ciri rasa unik dan berkualiti. 

Dapatkan produk Akifcafe sekarang di laman web, Facebook, dan Instagram

6. Bawang goreng premium NUHA

Image

Mohd Faris Abdul Salim merupakan usahawan bawang goreng yang terkesan dengan pandemik. 

Seluruh ekosistem perniagaan sangat sukar sehingga perjalanan syarikat dan aliran tunai turut terganggu. 

Di tambah pula pada ketika itu, bahan mentah tidak dapat diperdagangkan dan harga barang basah meningkat  dan kesemua negara turut terkesan dengan penutupan dan penyekatan. 

"Produk di bawah jenama NUHA terpaksa di pasarkan melalui medium dalam talian dan saya perlu membuat keputusan untuk berniaga berdasarkan kehendak dan keperluan. 

"Saya bersyukur kerana cepat bertindak dan mengambil pendekatan untuk menggunakan perniagaan berasaskan digital ketika krisis yang melanda,"katanya.

Berkongsi mengenai pasaran eksport, produk NUHA berjaya memasuki pasaran negara Jepun dengan produk bawang goreng premium sahaja. 

Tidak terhenti di Jepun, produk bawang goreng NUHA menerima permintaan eksport ke negara berikutnya iaitu ke Singapura, Arab Saudi, Qatar, United Kingdom, Bahrain dan Australia. 

Proses untuk eksport melibatkan tatacara yang sangat ketat di mana perlu melalui proses ujian makmal, pendaftaran produk, sehingga dokumentasi perlu dibuat secara terperinci dan tepat.  

Keunikan bawang goreng keluaran NUHA adalah berkonsep "Rasa Kita, Rasa Sebenar Malaysia selain mempunyai pensijilan HALAL dan MESTI. 

"Nasihat buat peniaga lain, ambil peluang dan manfaat bantuan kerajaan untuk kelangsungan bagi memastikan pendapatan syarikat tidak terjejas.

"Usahawan kena lebih kreatif dan proaktif mencari pendekatan perniagaan norma baharu dan berubah kepada pendigitalan," tambahnya lagi.

Dapatkan produk NUHA sekarang di laman web, Facebook, dan Instagram. 

7. Perencah masakan dan mi  Zinon Food

Image

Usahawan berasal dari Kampung Minangkabau, Kedah ini mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan hampir 31 tahun. 

Zinol A'bidin Daud berkata pelbagai cabaran telah dihadapi semasa pandemik antaranya produk mengambil masa yang lama untuk dihasilkan disebabkan oleh kekurangan kakitangan yang dibenarkan hadir bekerja. 

Selain itu, produk mengambil masa yang lama untuk dihasilkan disebabkan oleh terputus bekalan bahan mentah dan bahan pembungkus dari pembekal.

"Meski cabaran mendatang, saya tetap menjalankan perniagaan dengan komited dan bersungguh-sungguh supaya perniagaan terus bertahan dan berkembang maju. 

"Selain, saya juga mengalami kesukaran untuk berkomunikasi di mana saya tidak pandai untuk memasarkan produk saya di hadapan pelanggan namun produk saya tetap mendapat sambutan yang menggalakkan apabila saya membuat ujirasa," katanya. 

Produk perencah dan mi yang dihasilkan adalah buatan bumiputera Muslim dan mempunyai rasa enak serta mudah dimasak. 

Selain menggunakan teknologi penghasilan mi tarik di mana mi yang dihasilkan kenyal serta kurma dan kismis dicampur bersama adunan mi menyedapkan lagi rasa serta mempunyai pelbagai khasiat.

"Saya turut meluangkan masa menghasilkan produk baru iaitu produk Minuman Malt Coklat, Malt Bijirin, produk-produk pes serta pelbagai produk mi seperti Mi Rebus, Mi Kari Putih, Mi Kolok Penang, Mi Goreng dan Mi Samyang," tambahnya. 

8. Makanan sejuk beku Tembosa Raja

Image

Puding raja merupakan makanan tradisional istana diraja Pahang. 

Thuraya A Razak berkata,cabaran yang dihadapi adalah dari segi dokumentasi melibatkan banyak agensi dan permit eksport. 

Kata Thuraya, antara cabaran yang dihadapi adalah dokumentasi dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mendapatkan lesen pengilang. 

Syarat bagi mendapatkan lesen pengilang dari MIDA adalah setiap syarikat perlu memiliki pekerja seramai 50 orang, namun bagi usahawan IKS, ianya amat sukar untuk memenuhi syarat berikut. 

"Namun, berkat dengan kerjasama dan perbincangan bersama, saya dapat menerima pengecualian daripada menyediakan dokumen berikut," katanya. 

Memasarkan produk ke luar negara amat susah terutama bagi usahawan yang tidak biasa menguruskan hal berkaitan eksport kerana setiap negara memiliki keperluan tersendiri. 

Selain itu, komunikasi dan kekangan bahasa diantara peniaga luar negara dan usahawan juga turut menjadi masalah. 

"Seperti berurusan dengan peniaga di Singapura tidak menjadi masalah kerana mereka menggunakan bahasa yang sama, namun tidak bagi negara Arab Saudi dan China. 

Apabila perlu eksport produk ke luar negara, mereka memerlukan maklumat nutrisi dan pembungkus di dalam beberapa bahasa dan setiap negara memerlukan ciri berbeza terutama daripada bahasa pada label. 

"Oleh kerana musim pandemik, pasaran ke luar negara agak perlahan jadi saya mengambil peluang untuk memasarkan dan mengkomersilkan produk jualan saya secara dalam negara. 

Jika sebelum ini, hanya pihak istana dan kerabat sahaja dapat merasa puding diraja dan karipap diraja dari Tembosa Raja. 

Kini orang ramai boleh mendapatkan produk ini di pasaraya yang sah seperti Pasaraya Darul Makmur Pasaraya Lesong Mart. 

Puding raja Tembosa Raja terkenal dalam kalangan penduduk Pahang menggunakan enam bahan utama seperti susu cair, pisang lemak manis, kuning telur dan biji gajus.

Produk ini bukan sahaja mendapat sambutan di kawasan Pekan dan Kuantan sahaja, malah turut mendapat permintaan dari luar kawasan Pahang. 

Katanya, pandemik merupakan satu perkara yang mencabar namun sokongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang membantu aktiviti mempromosi dan jualan serta khidmat nasihat melancarkan perniagaannya.

Dapatkan Tembosa Raja di Facebook, Instagram.

FAMA tulang belakang usahawan

Rata rata usahawan tidak lokek berkongsi bagaimana FAMA memainkan peranan penting sebagai agensi kerajaan dalam usaha memasarkan produk, memperluas saiz pasaran, membantu dalam pembangunan jenama, pembangunan kualiti termasuk pensijilan, pembungkusan dan pelabelan produk mereka.

Tidak cukup dengan itu, FAMA juga turut membantu dari segi promosi dan pemasaran produk sekaligus memperkasa produk PKS supaya kekal berdaya saing di pasaran global.

Para usahawan turut menerima pelbagai anugerah berikutan usaha FAMA dan badan agensi lain yang sentiasa membantu mereka untuk menambahbaik dan melalui segala halangan secara fizikal dan dalam talian. 

Produk-produk usahawan di atas boleh juga didapati di platform agrobazaar.com.my. 

Berita Harian X