Isnin, 6 September 2021 | 1:40pm
Transformasi perkhidmatan awam secara digital dan dalam talian menawarkan kelancaran urusan kepada rakyat - FOTO Hiasan
Transformasi perkhidmatan awam secara digital dan dalam talian menawarkan kelancaran urusan kepada rakyat - FOTO Hiasan

Memperkasa MyDIGITAL untuk rakyat

SALAH satu aspirasi MyDIGITAL adalah mewujudkan sebuah kerajaan yang dipacu dengan kemudahan digital bagi menyediakan perkhidmatan awam secara digital dan menyeluruh dengan lebih cekap, berkesan serta telus. 

Bagi menjayakan aspirasi itu, perkhidmatan digital TM ONE yang dikuasakan dengan infrastruktur digital komprehensif dan kekal terhubung bersedia memacu transformasi masa hadapan kerajaan dalam menyokong MyDIGITAL untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

Berikut antara tawaran penyelesaian digital TM ONE yang dapat menambahbaik dan membawa pelbagai transformasi dalam sektor perkhidmatan awam.

1. Penjagaan kesihatan

Bermula daripada peringkat diagnostik, perundingan sehingga pengurusan rekod pesakit, penyelesaian digital ini dapat meningkatkan pengalaman pesakit ketika mendapatkan rawatan.

  • Diagnostik yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (Al) 
  • Perundingan secara maya 
  • Rekod perubatan elektronik 
  • Wad pintar

2. Pendidikan digital

Pendidikan tanpa sempadan dengan operasi yang lebih cekap pula membantu melancarkan pentadbiran di sekolah.

  • Sistem pengurusan pembelajaran 
  • Pusat pembelajaran maya 
  • Peperiksaan dalam talian 
  • Analitik pelajar

3. Keselamatan awam

Sistem pengawasan yang dikuasakan Al berupaya membantu pihak berkuasa mengesan sebarang bahaya dengan lebih proaktif sekaligus dapat bertindak balas terhadap sesebuah insiden dengan kadar segera.

  • Pengawasan pintar 
  • Tindak balas kecemasan generasi baharu 
  • Pengurusan komuniti tertutup 
  • Titik semak trafik antara bandar

4. Komuniti

Penyelesaian digital ini juga mampu memenuhi keperluan komuniti, membolehkan mereka terus berkembang maju tidak kira di mana mereka berada termasuklah kawasan bandar, pinggir bandar atau luar bandar.

  • Pusat internet komuniti 
  • Platform keusahawanan & e-dagang

5. Kerajaan digital

Membantu mewujudkan sistem kerajaan yang lebih cekap, dikuasakan analitik data raya dan tersedia secara dalam talian bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk menyelesaikan sebarang urusan.

  • Pejabat dalam talian 
  • Pengurusan dokumen 
  • Portal perkhidmatan awam 
  • Pemantauan pelaksanaan dasar dikuasakan oleh analitik data raya

6. Bandar pintar

Mewujudkan bandar pintar yang mesra alam, cekap tenaga dan kondusif untuk kehidupan.

  • Lampu jaIan pintar 
  • Lampu isyarat pintar 
  • Pusat arahan dan kawalan

Kesemua penyelesaian digital ini adalah hasil sokongan kolaborasi komunikasi, data raya dan teknologi AI, dikuasakan menerusi platform berasaskan awan yang mudah diubah serta dihoskan di pusat data yang selamat di Malaysia serta dihubungkan melalui sambungan digital yang mantap ke seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TM ONE Cloud Alpha α, layari https://www.tmone.com.my/solutions/cloud-services/ atau imbas kod QR di bawah.

Image

Berita Harian X