Isnin, 16 Ogos 2021 | 9:43am
UsahaWIRA tawar penyelesaian kepada peniaga beralih secara digital - FOTO Maxis.
UsahaWIRA tawar penyelesaian kepada peniaga beralih secara digital - FOTO Maxis.

Restoran Habib digitalkan perniagaan tradisi demi komuniti

RESTORAN Habib tidak asing lagi bagi penduduk di Johor Bahru. 

Bermula dengan menjual nasi campur dan hidangan kari resepi tradisi keluarga secara kecil-kecilan di Taman Iskandar, Pasir Pelangi sejak 1974, kini Restoran Habib mempunyai 10 buah cawangan.

Pemilik Restoran Habib, Habeebulla ME Abd Kadhim atau mesra dikenali sebagai Habib, berkata menu tradisi di restorannya berasal dari resipi keluarga.

"Menjadi satu kebanggaan untuk kami terus sajikan menu tradisi keluarga ini kepada masyarakat," katanya.

Ketika pandemik melanda, perniagaan Habib terjejas berikutan larangan makan di restoran. Namun, beliau tetap tekad untuk terus menyajikan hidangan kegemaran pelanggannya. 

Dengan semangat yang dimiliki, Habib sekeluarga meneroka pelbagai cara untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran dan membungkus makanan dengan lancar. Berkat kegigihan, mereka akhirnya menemui penyelesaian tepat untuk Restoran Habib.

Digitalisasi penuhi permintaan

Pada mulanya, Habib berhadapan kesukaran memuat naik semua hidangan dalam platform digital. Ini mempengaruhi tingkah laku pembelian pelanggan kerana makanan kegemaran mereka tiada dalam platform tersebut dan menyebabkan pesanan berkurangan. 

Habib kemudian mendapatkan bantuan daripada Maxis SME Help Squad dan beliau dicadangkan untuk mendaftar Cloud POS Lite, sistem pesanan dalam talian semua-dalam-satu.

Maxis SME Help Squad membantu Habib memohon Geran Digitalisasi PKS yang menawarkan subsidi sehingga RM5,000* dengan hanya menyediakan dokumen penting sahaja. 

Kini, pelanggan Restoran Habib dapat membuat pesanan untuk makanan kegemaran mereka secara dalam talian dan terus menikmati pengalaman yang sama walaupun di rumah. 

Restoran Habib juga meraih kepuasan pelanggan serta mencatat peningkatan jualan sebanyak 22 peratus.

Jadi UsahaWIRA

Ingin meraih lebih pesanan dalam talian dan kembangkan perniagaan? 

Sudah tiba masa untuk melangkah ke arah digitalisasi kerana Maxis Business sedia menawarkan anda dengan panduan dan penyelesaian digital. 

Klik pautan ini untuk mulakan kembara UsahaWIRA anda dan tebus sehingga RM5,000* hari ini!

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

 

Berita Harian X