Jumaat, 6 Ogos 2021 | 5:28pm

Pendigitalan pacu pemulihan usahawan kraf

Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lalu menyaksikan perubahan landskap sosioekonomi sekaligus memberi kesan kepada segenap lapisan masyarakat, termasuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Bimbang dengan situasi itu, ramai usahawan mula mendigitalkan perniagaan sebagai langkah memastikan perniagaan mereka kekal bertahan dan berdaya saing dalam industri.

Mendepani cabaran pandemik, usahawan di negara ini seharusnya aktif mengikuti perkembangan semasa terutama penawaran teknologi yang dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan secara digital.

Memahami keperluan itu, Sentuhan Budi Trading, syarikat yang mengusahakan perniagaan capal dan barangan kulit jenama Dr Saad antara PKS yang mula mengubah strategi perniagaan fizikal kepada dalam talian.

ImageSaad Saep dibantu oleh isterinya untuk  proses pembuatan capal di bengkel miliknya.

Pengasas Sentuhan Budi Trading, Saad Saep, mengusahakan perniagaan di Simpang Empat, Perlis sejak 2001 berkata, industri kraf antara sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan perniagaan diusahakannya merosot sehingga 70 peratus. 

Ia berikutan produk diusahakan syarikat itu sebelum ini hanya memberi fokus kepada jualan secara borong dan jualan ketika Aidilfitri.

"Apabila jualan merosot, ia memberi tekanan besar kerana kami sudah membelanjakan modal membeli bahan mentah, kos tenaga kerja, peralatan bengkel pembuatan selain banyak produk yang sudah siap tidak dapat dijual seperti biasa.

"Kami juga terkesan dengan kekurangan bekalan bahan mentah memandangkan pembekal juga tidak dapat beroperasi menyebabkan proses pengeluaran produk dari kilang kami turut terjejas," katanya.

ImageSaad Saep berkemahiran menghasilkan capal tradisi sejak 2001.

Bagaimanapun, perniagaan Sentuhan Budi Trading mula menunjukkan peningkatan selepas mengubah corak urus niaga dengan menggunakan platform digital seperti media sosial.

Menurut Saad Saep, jika dahulu syarikatnya lebih menumpukan kepada jualan borong, tetapi selepas pandemik pihaknya tiada pilihan selain memperbanyakkan promosi di Facebook.

Pada masa sama, beliau turut meluahkan rasa syukur apabila perniagaannya mendapat sokongan Perbadanan Kraftangan Malaysia menerusi inisiatif E-Kraf Bazar dan MYCraftshop.

Menerusi saluran pemasaran produk kraf dan perkhidmatan secara dalam talian anjuran badan itu, permintaan individu bagi pembelian secara runcit bertambah sekaligus membantu meningkatkan jualan.

Meskipun perusahaan pembuatan capal miliknya itu sudah menjangkau 20 tahun, Saad berkata, beliau teruja untuk meneroka medium baharu menerusi kaedah pemasaran digital yang dilihat lebih berkesan.

"Apabila pandemik melanda, saya terpaksa mencari ruang untuk meningkatkan jualan dan saya akui media sosial amat memainkan peranan. 

"Tiada istilah malu atau takut mencuba perkara baru, setiap usahawan perlu menjadi kreatif dan inovatif kerana masih ada ruang untuk meneruskan perniagaan sedia ada," katanya.

ImageCapal kulit yang dihasilkan mendapat permintaan untuk jualan borong dan runcit.

Bagi memastikan transaksi jualan lebih efisien dan memudahkan pelanggan di seluruh negara, Saad mengambil inisiatif menyertai program MESINKIRA yang diperkenal Celcom Business.

MESINKIRA adalah kaedah pembayaran digital paling fleksibel di pasaran, sesuai bagi setiap jenis perniagaan termasuk penjaja jalanan yang ingin meningkatkan pengalaman pelanggan atau sektor peruncitan yang mencari penyelesaian point-of-sales (POS) jangka panjang. 

Platform ini menerima pembayaran tunai, kad, digital dan NFC, mempunyai ciri e-dompet, menguruskan inventori usahawan dan menguruskan rekod transaksi harian serta sistem rekod buku tunai secara automatik.

Dilengkapi dengan teknologi terkini, MESINKIRA membolehkan usahawan mengawal sepenuhnya transformasi perniagaan mereka.

Selain mudah digunakan, kos MESINKIRA juga lebih murah dan efektif kerana peniaga tidak perlu membeli peralatan tambahan untuk menggunakan semua kemudahan MESINKIRA termasuk perkhidmatan bayaran hanya menerusi telefon pintar android mereka.

MESINKIRA adalah antara inisiatif pendigitalan perniagaan oleh Celcom Business dengan pakej langganan ditawarkan hanya serendah RM1 sehari.

Mengambil inspirasi daripada pengalaman Sentuhan Budi Trading, semua usahawan harus merebut peluang memanfaatkan ruang digital kerana keadaan ekonomi ketika ini sudah jauh berbeza.

Antara kaedah terbaik bagi adalah dengan mengubah model perniagaan, beralih secara dalam talian, memanfaatkan platform media sosial dan mengaplikasikan alat pemasaran digital. 

Sebagai nilai tambah, mempelbagaikan produk jualan bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan juga membantu meningkatkan jualan dan pendapatan.

Sementara itu, usahawan juga disaran mengikuti kursus digital yang disediakan kerajaan, agensi dan pelbagai pihak lain bagi memperkasakan diri dengan pengetahuan serta kemahiran perniagaan digital.

Rakyat Malaysia dijemput menyokong perniagaan Sentuhan Budi Trading dengan melayari https://www.mycraftshoppe.com/shop/sentuhan-budi-trading. Perniagaan milik anak tempatan ini disokong oleh Celcom Business.

Jika anda mencari peluang mendigitalisasikan perniagaan, dapatkan rangkaian penyelesaian Celcom Business dan nikmati akses percuma selama tiga bulan di https://business.celcom.com.my/sme/business-suite.

Berita Harian X