Isnin, 5 Julai 2021 | 1:14pm
 Farah Hanim Saimi (kiri) dan Ooi Zhi Wei (kanan) antara usahawan yang berjaya menjana pendapatan menerusi platform Shopee.
Farah Hanim Saimi (kiri) dan Ooi Zhi Wei (kanan) antara usahawan yang berjaya menjana pendapatan menerusi platform Shopee.

Shopee sokong usahawan tempatan kembang perniagaan

Shopee tampil menjadi platform e-dagang yang terus menyokong dan mengembangkan perniagaan peniaga kecil ketika pandemik COVID-19 melanda negara dan masih berada pada persekitaran yang tidak menentu ketika ini.

Bagi peniaga, Farah Hanim Saimi, 24, Shopee banyak membantu perniagaan Kek Lapis kembali menjana pendapatan selepas premis kecil dikenali Intan Kek Lapis Sarawak, di Kuching terpaksa ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama Mac tahun lalu.

Menurut pelajar tahun akhir The Association of Charted Certified Accounts (ACCA), beliau turut mencuba paltform e-dagang lain untuk memasarkan Kek Lapisnya tetapi menemui kegagalan, sebelum rakannya mencadangkan kedai dalam talian, Shopee.

ImageIntan Kek Lapis Sarawak

"Pada awalnya saya ragu-ragu. Namun, kami tidak rugi kerana kami tidak perlu menyimpan stok. Kita boleh membuat kek segar semasa menerima pesanan dan menghantarnya.

"Justeru, kami melancarkan kedai Shopee beberapa minggu sebelum Hari Raya. Selain itu, saya juga melancarkan Intan Kek Lapis Instagram Page sempena pelancaran kedai Shopee untuk memberi sedikit lebih banyak pendedahan jenama.

"Tanpa diduga, kami menerima pesanan pertama kami sejurus kedai Shopee dilancarkan. Pada awalnya, saya berpendapat Kek Lapis dibeli untuk cenderamata, tetapi saya silap kerana pesanan mulai masuk dan kami mendapat pesanan tetap," katanya.

Farah Hanim berkata, kedai di Shopee miliknya kini menjana pendapatan lebih RM5,000 sebulan.

"Saya bahkan terkejut bahawa pelanggan kami sanggup menunggu lebih dari seminggu untuk menerima kek dan mereka meninggalkan komen seperti 'teruskan usaha yang baik' dan komen inilah yang membuat kami terus maju.

"Saya berpendapat, inisiatif kempen jualan dua digit seperti 6.6 Awesome Sale banyak membantu. Saya menerima banyak pesanan dalam masa sehari. Ia memenatkan untuk menyiapkan pesanan tetapi cukup menggembirakan ibu saya," katanya.

ImageOoi Zhi Wei

Sementara itu, bagi Ooi Zhi Wei yang memiliki kedai maya Shopee dikenali Ooizhiwei1171, beliau memulakan perniagaan menerusi platform itu bagi memasarkan produk dari kedai ubat-ubatan milik keluarganya.

Bagaimanapun, Zhi Wei berjaya mempelbagaikan perniagaan dan kini memiliki empayar produk kekacang dan buah-buahan kering bernilai jutaan ringgit di Shopee.

"Saya memilih Shopee kerana ia mudah digunakan. Saya juga mempertimbang kos pemasaran kerana produk yang dipasarkan saya berbeza.

"Shopee memiliki pangkalan jutaan pelanggan yang tersedia. Sebagai pasaran dalam talian, platform e-dagang ini membolehkan produk saya boleh didapati oleh mereka yang mahukannya," katanya.

Menurut Akauntan Berkanun lulusan ACCA, kedainya di Shopee kini menjana pendapatan purata RM2 juta setahun.

"Saya berjaya menjana jualan sekitar RM12,000 pada bulan pertama dan melonjak mendadak selepas saya menggunakan Shopee Ads. Kaedah pemasaran Shopee membolehkan iklan produk saya terus kepada pelanggan.

"Saya melabur kira-kira RM1,000 untuk Shopee Ads dan tanpa disangka-sangka menjana jualan pada bulan itu bernilai RM36,000. Saya pernah cuba platform lain tetapi pulangan pelaburan di Shopee tiga hingga 10 kali ganda lebih baik," katanya.

Beliau berkata, menerusi Shopee, perniagaannya kini berkembang ke Indonesia dan merancang untuk meneroka seluruh Asia Tenggara.

Image
Zed Li

Dalam pada itu, Shopee menyatakan komitmen untuk terus menyokong pembabitan usahawan tempatan memasarkan produk dan perkhidmatan menerusi platform e-dagang terkemukanya yang menawarkan potensi serta peluang berkembang bukan sahaja di pasaran domestik tapi juga pasaran antarabangsa.

Pengurus Kanan (Pembangunan Perniagaan) Shopee Malaysia, Zed Li, berkata ini kerana ramai peniaga bermula dengan modal kecil dan mempertimbang perbelanjaan operasi ketika menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Justeru, katanya, Shopee tampil dengan pelbagai Pakej Sokongan Peniaga bagi membantu usahawan membimbing dan memacu perniagaan untuk kekal berdaya tahan.

"Bagi menyokong usahawan e-dagang, kami tidak mengenakan komisen untuk 99 pesanan pertama bagi membantu peniaga dengan inisiatif memudahkan perniagaan dan membolehkan mereka membiasakan diri dengan perniagaan maya," katanya.

Li menegaskan, perniagaan dalam talian lebih daripada sekadar mewujudkan sebuah kedai kerana peniaga perlu meningkatkan pelbagai aspek perniagaan.

"Antara aspek yang perlu ditekankan adalah perkhidmatan pelanggan, pengiklanan, pembungkusan produk dan foto terbaik bagi senarai produk.

"Namun, bagi memastikan peniaga memiliki pengetahuan lebih baik, Shopee turut menawarkan bengkel percuma dikenali sebagai Shopee University untuk melengkapkan peniaga dengan pengetahuan untuk menjual dan berjaya dalam platform e-dagang," katanya.

Menerusi Shopee University, terdapat kira-kira 50 kelas yang dilaksanakan secara dalam talian sebulan membabitkan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Cina.

"Kelas khas ini disediakan untuk memenuhi keperluan peniaga baharu serta berpengalaman Shopee dan ia dijalankan untuk membimbing mereka dalam segenap aspek, bermula dengan mewujudkan kedai, pemasaran dan operasi termasuk langkah bagi mengembangkan perniagaan menerusi platform e-dagang kami," tambah Li.

Image

Selain itu, Shopee juga menawarkan sokongan pemasaran di dalam dan di luar aplikasi Shopee bagi membantu menghubungkan peniaga dengan pangkalan pengguna yang luas.

"Dalam aplikasi kami, peniaga boleh menjalankan penstriman langsung di Shopee Live bila-bila masa untuk menjangkaui lebih ramai pembeli.

"Mereka boleh bekerjasama dengan pasukan Shopee yang dikhususkan untuk menyertai kempen pemasaran atau festival beli-belah seperti kempen 9.9, 11.11 dan 12.12, selain pendedahan berguna menerusi sepanduk, Push Notifications, Shocking Sales dan banyak lagi untuk terus meningkatkan jualan," kata Li.

Bagi aspek luaran aplikasi pula, beliau menjelaskan, peniaga boleh memanfaatkan platform media sosial Shopee seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

"Dalam masa sama, kami juga membangunkan saluran gabungan pemasaran dikenali Shopee Ambassador Programme. Menerusi program ini, peniaga boleh memanfaatkan jaringan Key Opinion Leaders (KOL) untuk mempromosikan kedai dan produk mereka.

"Peniaga juga boleh menggunakan aspek pemasaran lain dalam platform terbabit untuk memperluaskan lagi capaian dan meningkatkan pendedahan mereka, yang mana akan melonjakkan trafik pengguna ke kedai mereka," jelasnya.

Ekosistem sokongan dalam talian Shopee memberi sokongan operasi yang diperlukan peniaga menerusi aspek penting merangkumi penyelesaian pembayaran dan logistik bersepadunya bagi membolehkan peniaga menguruskan inventori, penghantaran, menjejaki pembayaran, mendapatkan pandangan mengenai prestasi kedai, trafik, kadar tukaran asing dan konsolidasi akaun secara terus dengan Shopee melalui Shopee Seller Centre.

"Bagi penyelesaian logistik, peniaga juga boleh memilih daripada syarikat logistik pihak ketiga yang berkerjasama dengan Shopee seperti Pos Laju, DHL, J&T, Ninja Van dan CityLink. Mereka hanya perlu mencetak bil yang dihasilkan secara automatik dari Shopee Seller Centre apabila menerima tempahan dan 'drop off' bungkusan di lokasi drop-off terdekat.

"Untuk penyelesaian pembayaran, apa yang dilaksanakan kami adalah untuk menyampaikan e-dagang kepada semua dengan memudahkan semua urusan bayaran. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit; perbankan dalam talian, pemindahan ATM, e-dompet ShopeePay, tunai di 7-eleven dan KK Mart termasuk tunai ketika penghantaran.

Li berkata, Shopee juga menawarkan potensi berkembang menjangkaui pasaran domestik menerusi program Shopee International Platform (SIP) yang ketika ini, Singapura menjadi pasaran perintis.

"Disokong Shopee, banyak peniaga kecil tempatan kini menikmati manfaat seperti meluaskan capaian operasi dan pengguna di enam negara dan nilai tambah perkhidmatan rentas sempadan termasuk sokongan logistik, pembayaran dan khidmat pelanggan tanpa sebarang kos tambahan.

"Peniaga juga akan terbabit dengan pengalaman penjualan tempatan tanpa perlu memiliki pejabat perniagaan luar negara. Banyak jenama tempatan seperti Kluang Coffee, Elianware dan Fipper kini turut berkembang kukuh di Singapura menerusi SIP.

Berita Harian X