Isnin, 5 Julai 2021 | 10:01am

Beli dahulu, bayar kemudian bantu masyarakat hadapi pandemik

TAHUN 2020 menyaksikan kemelesetan ekonomi terburuk dalam sektor perniagaan di Malaysia selepas kemelesetan ekonomi pada tahun 1987.

Krisis ini dilihat berterusan pada tahun 2021 di mana kebanyakan perusahaan tempatan bergelut dengan aliran tunai untuk membiayai perbelanjaan operasi seperti sewa, gaji kakitangan dan kos inventori .

Menurut tinjauan Persatuan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Malaysia (SME Malaysia), lebih 40 peratus PKS dijangka akan ditutup dan hingga dua juta orang akan kehilangan kerja.

Ketika pasca pandemik ini, masyarakat di Malaysia semakin terbeban dengan sebarang pembelian yang perlu dibayar sekaligus.

Untuk mengatasinya, semakin banyak perniagaan tempatan beralih ke penyelesaian alternatif yang membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan beli dahulu, bayar kemudian tanpa faedah.

Beli dahulu, bayar kemudian yang berbeza

ImagePerkhidmatan Atome merupakan alternatif terbaik buat peniaga dan pengguna - FOTO Atome

Perkhidmatan syarikat Atome mula dilancarkan di Malaysia pada suku keempat tahun 2020 dengan lebih daripada 200 perusahaan terkemuka dari beberapa kategori termasuk kecantikan, gaya hidup, dan juga pelancongan.

Antara perusahaan terkenal yang menggunakan perkhidmatan Atome adalah syarikat Sasa, The Face Shop, ZALORA, ALDO, Hush Puppies, Machines, Swee Lee, Box Of Bricks, Eu Yan Sang dan termasuk syarikat Agoda yang ingin menambah baik serta mengembangkan perniagaan mereka.

Menerusi platform berkenaan, pembeli boleh membeli menggunakan Atome di kedai rakan niaga dengan mengimbas kod QR di kedai atau memilih Atome sebagai kaedah pilihan pembayaran laman web.
Lebih menarik apabila pelanggan boleh membahagikan bil mereka kepada tiga pembayaran bulanan yang mudah dengan faedah 0% dan tanpa sebarang caj tambahan.

Selain itu, peniaga juga akan menerima jumlah transaksi penuh selepas tolakan yuran MDR (Kadar Diskaun Peniaga) dalam masa tiga hari bekerja.

Bagi kebanyakan peniaga, Atome memberi manfaat dan faedah kritikal termasuk:

Aliran tunai: Apabila pelanggan menggunakan kaedah pembayaran Atome, mereka hanya perlu membayar sepertiga daripada jumlah bilnya sebagai deposit dan selebihnya dibayar dua bulan berikutnya.

Kemudian syarikat Atome akan membayar peniaga dengan jumlah pembelian penuh (MDR rendah) dalam masa tiga hari bekerja.

Kaedah ini dapat membantu aliran tunai mereka sekali gus boleh menampung perbelanjaan operasi mereka (contohnya gaji kakitangan, sewa, yuran pembersihan mendalam, perbelanjaan inventori/stok) terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .

Penukaran pelanggan yang lebih tinggi: Perkhidmatan Atome ini turut menggalakkan pelanggan untuk membeli kerana Atome dapat mengurangkan kos pendahuluan mereka dengan hanya perlu membayar sepertiga harga barangan.

Ini mengurangkan beban pelanggan untuk berbelanja sekali gus mendorong ke arah pembelian yang tinggi.

Saiz bakul yang lebih besar: Pembayaran fleksibel Atome dilihat mampu meningkatkan jualan mereka dari segi purata saiz bakul (basket size) mereka sehingga 17 peratus.

Rakan niaga Atome telah mengalami kenaikan sebanyak 17 peratus dalam jualan mereka dan penukaran 30 peratus lebih tinggi ketika pembayaran.

Saiz bakul adalah merujuk kepada pembelian dalam satu resit atau pembelian tunggal yang lebih meningkat dengan menggunakan perkhidmatan BNPL.

Pelanggan baharu: Dengan kaedah BNPL ini, peniaga kini dapat meningkatkan pelanggan dari semasa ke semasa kerana mereka diberi pilihan dalam pembayaran.

Jika harga barangan bersesuaian dengan bajet mereka, pelanggan akan membeli atau mungkin menunggu sehingga mencapai bajet dikehendaki.

Pemasaran bersama: Atome menyokong perusahaan dalam pemasaran dan kempen digital seperti 'Get It Week' dan 'Get Raya Ready' untuk mendorong peluang dan penjualan di laman web atau kedai peniaga serta membantu mereka dengan analisis perilaku dan demografi pengguna.

Atome BNPL pilihan bijak pengguna

Image

Sejak dilancarkan pada Disember 2019, Atome telah berkembang dan menjadi rakan kongsi lebih daripada 5,000 perusahaan dalam talian dan luar talian di sembilan pasaran di seluruh Asia (Singapura, Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Filipina, Thailand dan China).

Secara keseluruhannya, Atome memberi peluang dalam membantu perusahaan di Malaysia untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka tanpa sebarang kesulitan.

Ketahui bagaimana Atome dapat membantu perniagaan anda berkembang. Ikuti saluran sosial media kami di LinkedIn, Facebook dan Instagram.

Berita Harian X