Rabu, 12 Mei 2021 | 9:23am
Hampir semua pilihan barangan dapur kini boleh didapati di Shell SELECT - FOTO Shell SELECT
Hampir semua pilihan barangan dapur kini boleh didapati di Shell SELECT - FOTO Shell SELECT

Beli barang dapur di stesen minyak

NORMA baharu menyaksikan hampir semua aktiviti ekonomi dan rutin harian pengguna berubah mengikut keperluan semasa. 

Selain kebergantungan terhadap teknologi, orang ramai juga dilihat lebih bijak memilih dan membuat keputusan supaya urusan lebih lancar.

Terbaharu, stesen minyak Shell mencuri tumpuan ramai apabila ia menjadi lokasi alternatif untuk pengguna membeli barangan dapur. 

Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai trend baharu ini, berikut antara manfaat yang dikongsikan pengguna.

Mudah, jimat masa 

Faktor pertama mendorong orang ramai untuk membeli keperluan dapur di stesen minyak Shell adalah kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa. 

Nur Farizan Abd Mubin, 36, ketika ditemui berkata kebiasaannya dia dan keluarga singgah di Shell pada setiap hujung minggu. 

"Saya datang bersama seorang lagi ahli keluarga dan kami membahagikan tugas untuk membeli barang serta mengisi minyak dalam satu masa.

"Selain cepat, cara ini juga mengelakkan kami berada terlalu lama di luar, di samping memberi ruang kepada pelanggan lain untuk berbelanja," katanya.

Pembelian lancar 

Image

Selain itu, faktor kelancaran urusan juga menjadi sebab utama pengguna selesa berbelanja di Shell SELECT. 

Berkongsi pengalamannya, Mohd Said Mohd Awang, 58, berkata sistem operasi perniagaan di sini sangat teratur dan mesra pelanggan.

"Selain perkhidmatan yang cekap, pelanggan juga mudah untuk mencari barang kerana semua produk ditempatkan mengikut kategori dan disusun dengan cantik" katanya.

Berdasarkan tinjauan, rata-rata pelanggan hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk mengisi minyak dan membeli barang sebelum beredar pulang. 

Kecekapan servis turut menjadikan aliran trafik keluar masuk di stesen minyak tidak sesak, di samping pelanggan juga tidak perlu menunggu lama untuk membuat pembayaran di kaunter. 

Banyak pilihan barang

Memahami keperluan semasa, Shell SELECT kini menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit berkualiti setanding pasar raya terkemuka. Ia termasuklah tepung, minyak masak, gula, sardin, santan, biskut dan banyak lagi!

Pendek kata, sebut sahaja senarai barangan dapur yang anda perlukan, pasti semuanya dapat dibeli dengan lengkap dan sempurna. 

Selain itu, pengguna juga tidak perlu bimbang kerana bekalan barangan sentiasa mencukupi dan harga ditawarkan sangat berpatutan. 

Sementara itu, pelanggan Shell dapat berbelanja dengan selesa kerana persekitaran premis selamat, bersih dan sentiasa disanitasi secara berkala.

Pengguna juga tidak perlu tergesa-gesa kerana kemudahan awam seperti surau, tandas dan tempat letak kereta disediakan secara percuma.

Shell SELECT pilihan pengguna

Image

Dengan segala manfaat ditawarkan, kini rakyat Malaysia boleh membeli-belah dengan lebih mudah di Shell SELECT seluruh negara. 

Lebih menarik, pelanggan Shell juga berpeluang menikmati ekstra penjimatan dengan promosi WOW Wednesday di Shell SELECT pada setiap hari Rabu.

Bermula sekarang hingga 26 Mei, dengan mengisi minyak petrol (Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing)*, minimum RM30 di Shell, anda boleh membeli Roti Sandwich Mighty White pada harga RM1.50 atau satu pek Roti Gardenia Original Classic serendah RM1 sahaja.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk singgah di stesen minyak Shell berhampiran dan dapatkan pelbagai barangan keperluan di Shell SELECT hari ini juga. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ditawarkan di Shell SELECT layari www.shell.com.my.

Berita Harian X