Isnin, 3 Mei 2021 | 2:05pm
Dulux Weathershield®, Dulux EasyClean terbaharu dan Dulux EasyClean Plus sebahagian daripada kempen 'Secure Home, Inside Out'.
Dulux Weathershield®, Dulux EasyClean terbaharu dan Dulux EasyClean Plus sebahagian daripada kempen 'Secure Home, Inside Out'.

Dulux perkenal tiga formulasi diperbaharui

KUALA LUMPUR: AkzoNobel baru-baru ini, tampil dengan tiga produk yang dipertingkatkan di bawah jenama cat terkemuka, Dulux menerusi pelancaran maya pertama mereka di Malaysia.

Produk-produk tersebut ialah Dulux EasyCleanTM terbaharu, Dulux EasyCleanTM Plus dan Dulux Weathershield® sebagai sebahagian daripada kempen 'Secure Home, Inside Out'.

Kempen ini bertujuan membantu pemilik melindungi rumah mereka dari dalam dengan rangkaian produk Dulux EasyCleanTM yang bersifat antibakteria dan antivirus, seterusnya menjadikan kediaman mereka selamat untuk seisi keluarga.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, tiga rumah kebajikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di bawah Persatuan Rumah KIDS akan dilindungi dengan produk ini.

Inisiatif di bawah AkzoNobel Cares ini bertujuan membantu dan meningkatkan kehidupan masyarakat dengan produk dan kepakaran mereka. 

Pengarah Urusan Cat Hiasan Asia Tenggara & Asia Selatan AkzoNobel, Oscar Wezenbeek,  berkata mereka komited untuk memberi kembali kepada masyarakat.

"Kami sudah menjalankan banyak inisiatif di mana kami berusaha mengubah dan memberi kesan positif kepada masyarakat. Kempen Secure Home, Inside Out sangat sesuai kerana setiap komuniti bermula di peringkat isi rumah."

Image

Pengarah Komersial Cat Hiasan Asia Tenggara Pasifik AkzoNobe, David Teng, pula berkata walaupun produk Dulux EasyCleanTM dan Dulux Weathershield® sudah  berada lama di pasaran, mereka tetap sentiasa mengemas kini formula untuk pengguna.

"Formula Dulux EasyCleanTM terbaharu dapat memberikan perlindungan dari kesan kotoran biasa, membantu menghalang pertumbuhan bakteria dan meningkatkan perlindungan daripada virus."

Tambahnya lagi, Dulux Weathershield®️ terbaharu pula menawarkan perlindungan dua kali ganda daripada alga dan kulat, warna pudar, alkali, kotoran dan debu jika dibandingkan dengan cat luaran biasa.

Bahagian dalam kediaman yang bersih, selamat

Image

Dengan aplikasi yang betul, Dulux EasyCleanTM akan menghasilkan lapisan pelindung yang berkesan menahan dan menangkis kotoran cecair seperti soda, jus buah, kicap, sos cili dan tomato, serta kotoran lain seperti kapur, debu dan lumpur. 

Selain itu, lapisan pelindung ini juga dapat menghalang pertumbuhan bakteria seterusnya menjadikan bahagian dalaman rumah sebuah persekitaran yang selamat buat seisi keluarga.

Rangkaian Dulux EasyCleanTM dilengkapi dengan Teknologi ColourguardTM yang membantu warna dinding kekal lebih lama dengan lebih 2000 pilihan warna untuk dipilih.

Rangkaian cat ini akan digabungkan dengan pilihan lain dikenali sebagai Dulux EasyCleanTM Plus yang menawarkan ciri antivirus selain dilengkapi dengan Teknologi Silver Ion yang melindungi daripada virus tertentu.

Ia juga dilengkapi dengan Teknologi KidProof+ dengan tahap perlindungan lebih tinggi terhadap kotoran degil serta menghalang pertumbuhan bakteria.

Cat luaran dengan ciri cuaca terbaik

Image

Bagi membantu pemilik melindungi bahagian luar kediaman mereka, Dulux Weathershield® tampil dengan Teknologi DualshieldTM yang menggabungkan empat ciri unik untuk membantu mengatasi kerosakan biasa pada dinding luar.

Ciri pertama, Teknologi Smart ReleaseTM yang memberikan perlindungan dua kali lebih lama terhadap alga dan kulat dengan melepaskan zarah mikro secara berterusan ke permukaan cat untuk mencegah pertumbuhan alga dan jamur. 

Dengan lapisan perlindungan tambahan teknologi Damp ResistTM ia membantu menahan serangan alkali dengan mudah yang boleh merosakkan cat, menyebabkan penghasilan tompok-tompok putih dan permukaan cat yang tidak rata.

Dua ciri lain ialah teknologi Stay CleanTM yang mana lapisan ini tidak membiarkan kotoran dan habuk terkumpul di permukaan dinding dan teknologi ColourLockTM bagi membantu memerangi masalah cat pudar.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan inspirasi warna, layari laman sesawang Dulux

Berita Harian X