Khamis, 18 March 2021 | 8:30am
kiplePay akan terus berusaha untuk mentransformasi sektor pendidikan dan e-dagang dengan menawarkan teknologi serba inovatif dan canggih. - Gambar hiasan
kiplePay akan terus berusaha untuk mentransformasi sektor pendidikan dan e-dagang dengan menawarkan teknologi serba inovatif dan canggih. - Gambar hiasan

kiplePay giat bangunkan universiti berciri digital

ENTITI perniagaan dan komuniti kian berubah serta menerima guna teknologi digital bagi membekalkan pengalaman yang lebih lancar dan efisien.

Begitu juga dengan sektor pendidikan yang sedang mencorak kepentingan memperbaiki pengalaman pembelajaran sedia ada bagi mewujudkan proses pendidikan lebih berkesan.

Ekoran penularan wabak COVID-19, ramai individu beralih ke aktiviti dan kelas dalam talian bersama guru demi menjamin kelangsungan bidang pendidikan.

Dalam masa sama, pelbagai universiti sedang menjalin usaha sama dengan rakan penaung yang membekalkan solusi berlandaskan teknologi seperti Kiplepay Sdn Bhd milik syarikat pembekal teknologi kewangan, Green Packet untuk memperkayakan gaya hidup digital pelajar serta kakitangan universiti dengan membangunkan kampus universiti berciri digital melalui e-dompet yang ditawarkan oleh kiplePay.

Urus gaya hidup dalam satu aplikasi

Sebahagian daripada transformasi kampus digital adalah pengintegrasian elemen digital ke dalam gaya hidup pelajar dan ID pelajar digital adalah salah satu titik sentuh pertama yang akan digunakan.

Ia membolehkan pelajar mengesahkan diri dengan selamat ketika menggunakan kemudahan universiti dalam talian seperti akses laman web, sistem kehadiran kelas, dan dewan peperiksaan; begitu juga dengan perihal pentadbiran seperti pendaftaran hostel dan pembayaran yuran perpustakaan.

Pelajar akan diminta untuk memuat turun aplikasi kiplePay dan memasukkan ID pelajar yang hanya mengambil masa beberapa minit untuk disahkan dan diluluskan sebelum memasuki komuniti kipleUni.

kiplePay juga membantu pelajar meneroka selok-belok penting di universiti seperti perkhidmatan ditawarkan dan urusan pembayaran khususnya pelajar baharu.

Sebagai satu usaha transformasi yang ingin dibawakan oleh pihak universiti iaitu memupuk dan mendukung komuniti tanpa tunai, kiplePay turut menawarkan fungsi e-dompet yang membantu pelajar membuat bayaran bagi perbelanjaan di kampus dan peniaga terpilih.

Pelajar juga mempunyai pilihan untuk menghubungkan kad debit atau kredit dalam aplikasi berkenaan bagi membolehkan mereka membuat pembayaran secara terus dari akaun bank.

Bagi pelajar yang layak menerima dana agihan, ia akan disalurkan secara terus ke dalam e-dompet kiplePay mereka untuk memudahkan penggunaan.

Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini kampus, kiplePay juga membekalkan pengumuman rasmi serta maklumat terbaharu seperti khidmat pembelajaran yang relevan seperti ketersediaan bahan pembelajaran di kedai buku, atau khidmat yang tidak berkait dengan pembelajaran seperti dobi dan pengangkutan awam dalam aplikasi berkenaan.

Promosi serta perkembangan terkini membabitkan produk makanan dan minuman juga disediakan supaya mereka kekal berhubung dengan kampus tanpa berada di sana secara fizikal.

Image

Ringankan proses pentadbiran dan pembayaran

Pelajar universiti tidak dapat mengelak daripada protokol, prosedur dan kertas kerja yang merumitkan serta memakan masa ketika berurusan dengan pihak pentadbiran.

Kini tidak lagi dengan kiplePay yang membenarkan pihak universiti menyatukan semua urusan pembayaran dan transaksi dalam satu platform.

Ia bukan sahaja menaik taraf keupayaan untuk menjejak transaksi serta akauntabiliti pihak pentadbiran, malah membolehkan pelajar memantau transaksi yang mereka lakukan.

Selepas proses yang memakan masa disingkatkan, pihak universiti dapat meningkatkan fokus mereka ke arah aspek lain membabitkan pembangunan akademik dan pelajar secara menyeluruh, sekali gus membolehkan pihak universiti mendengar suara dan luahan pelajar dengan lebih jelas.

Tuntasnya, kiplePay membolehkan tenaga pentadbir universiti melancarkan perkhidmatan, memantau serta mengurus:

  • Yuran dan bayaran universiti untuk rujukan yang mudah serta ketelusan
  • ID pelajar digital untuk e-kehadiran, agihan dana dan pembayaran
  • Tempahan fasiliti dan ruang kampus untuk mesyuarat atau sesi pembelajaran
  • Agihan bantuan

Mewujudkan akses tanpa tunai bagi peniaga di universiti

Image

kiplePay bukan sahaja memudahkan pelajar dan pentadbir, malah membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan mengatur peniaga yang menyediakan pelbagai jenis khidmat di kampus, serta menawarkan kaedah digital untuk mereka akses melalui aplikasi berkenaan.

Pelajar memiliki akses ke atas pelbagai jenis perniagaan di dalam dan sekitar kampus menerusi fungsi Kiple Merchant untuk tujuan persendirian seperti membeli makanan atau membasuh pakaian.

Jika pelajar ingin menggunakan e-dompet kiplePay bagi transaksi di kampus, proses pembayarannya adalah amat mudah kerana mereka hanya perlu mengimbas kod QR di kedai untuk membuat bayaran atau memesan barangan melalui aplikasi berkenaan untuk diambil kemudian.

Dalam landskap masa kini, kemudahan ini menjadi komponen penting bagi perniagaan yang tergolong dalam kategori PKS khususnya ketika waktu penularan wabak COVID-19.

Image

Memperkasakan gaya hidup digital di kampus

Sebagai warga komuniti ini sejak 20 tahun lalu, kiplePay akan terus berusaha untuk mentransformasikan sektor pendidikan dan e-dagang dengan menawarkan teknologi serba inovatif dan canggih yang menyumbang kepada pertumbuhan serta kemajuan negara.

Ketika pelbagai industri mula menginjak ke peringkat digitalisasi seterusnya, kiplePay akan terus membantu golongan terasing serta membekalkan keupayaan teknologi yang diperlukan bagi membolehkan komuniti membina dan menjurusi gaya hidup digital yang dapat membantu mereka berkembang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kiplepay Sdn Bhd dan seluruh solusi digitalnya, layari 20years.greenpacket.com.

Berita Harian X