Khamis, 11 March 2021 | 4:14pm
Pendigitalan perniagaan adalah keperluan untuk meneruskan perniagaan. - Gambar hiasan
Pendigitalan perniagaan adalah keperluan untuk meneruskan perniagaan. - Gambar hiasan

Kiple jaringan solusi perniagaan digital

KIRA-KIRA 98 peratus perniagaan di Malaysia dipelopori oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi penyumbang penting terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

Norma baharu yang mula dipraktikkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak menyukarkan mereka untuk menjalankan operasi.

Namun, dengan kesedaran untuk beralih kepada perniagaan digital, ramai memanfaatkan peluang ini untuk mengembangkan landskap perniagaan masing-masing bagi menjamin kelangsungan perniagaan mereka.

Syarikat telekomunikasi dan teknologi yang sudah berusia dua dekad di persada antarabangsa, Green Packet Berhad menerusi pakar teknologi kewangan, Kiple menawarkan Kiple Unified Payments bagi membantu PKS beralih ke pasaran dalam talian.

Image

Jaringan solusi yang mampu mencetus transformasi digital itu terdiri daripada Pembayaran Menerusi 1 Klik dan Gerbang Pembayaran Terintegrasi.

Pembayaran Menerusi 1 Klik adalah solusi lengkap untuk membantu PKS menginjak perniagaan mereka ke dalam talian.

Gerbang Pembayaran Terintegrasi pula membantu PKS mengatur kemudahan pembayaran dalam talian yang boleh disuai padan sepenuhnya.

Menggunakan platform yang mudah diakses oleh pengguna seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp, Pembayaran Menerusi 1 Klik membolehkan PKS menyesuaikan antara muka yang ringkas dan mesra pengguna.

Pembayaran Menerusi 1 Klik juga mengautomasikan proses penerimaan pesanan dan pembayaran secara digital seperti e-dompet, kad debit/kredit atau pemindahan FPX selain mengetengahkan ciri berikut:

  1. Menguruskan aliran tunai - Kiple akan memproses semua bayaran dalam tempoh T+2 Hari bagi setiap jenis kaedah pembayaran
  2. Menguruskan transaksi - Individu yang diberi kebenaran boleh melihat ringkasan transaksi dan menjejak status pembayaran untuk memudahkan penyimpanan rekod dan perakaunan pada masa akan datang

Solusi kedua iaitu Gerbang Pembayaran Terintegrasi pula dirumus untuk peniaga yang ingin mengatur fasiliti pembayaran yang boleh disuai padan dengan mudah.

Ia menyingkirkan kerumitan yang membabitkan perihal menjejak bayaran, termasuk isu berkaitan dengan aliran tunai ekoran ketidakupayaan pelanggan untuk melengkapkan pembayaran, serta mengurangkan keperluan untuk membuat bayaran secara bersemuka - terutamanya dalam iklim semasa yang mementingkan penjarakan sosial.

Aplikasi ini boleh diintegrasikan dengan laman web atau aplikasi peniaga yang sedia ada untuk membolehkan pelanggan mereka membuat pembayaran secara digital, serta menangani isu berkaitan dengan aliran tunai. 

Bantu ibu bapa

Dr Darren Gouk (duduk, tengah) bersama pasukan AOneSchools. - FOTO AOneSchools

Pembekal sistem pengurusan institusi pendidikan meliputi prasekolah, sekolah dan pusat tuisyen serta pusat pembangunan pelajar, AOneSchools, berjaya mentransformasikan perniagaan dan membantu pelanggannya dengan solusi ditawarkan Kiple.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AOneSchools, Dr Darren Gouk, berkata pelanggannya berdepan pelbagai jenis cabaran dan pengurusan pembayaran melibatkan pembelajaran serta aliran tunai syarikat adalah cabaran terbesar ketika PKP pertama yang dikuatkuasakan pada Mac 2020.

Ini kerana, ibu bapa tidak dapat membuat bayaran kerana kekangan kewangan sehingga menyebabkan bayaran tertangguh sehingga berbulan-bulan dan ia memberi kesan yang besar ke atas institusi pendidikan sepertinya untuk menjalankan operasi.

"Pendigitalan perniagaan bukannya suatu kemahuan namun kini ia adalah keperluan. Sebelum ini, e-pembelajaran adalah kaedah pendidikan baharu bagi pelajar, namun kini ia menjadi satu-satunya kaedah progresif yang mereka boleh gunakan dalam persekitaran hari ini.

"Ini adalah waktu terbaik untuk beralih ke teknologi digital, ekoran usaha pihak kerajaan yang sedang menawarkan bantuan signifikan untuk PKS mentransformasikan modus perniagaan mereka misalnya Geran Digitalisasi PKS yang menawarkan entiti PKS rebat sebanyak 50 peratus untuk alatan digital," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kiple, Kay Tan, berkata Kiple sedar situasi ketika ini justeru pihaknya bergegas untuk membantu PKS membuat penyesuaian dan berfungsi secara lestari dalam pasaran bagi menggiatkan lagi proses pendigitalisasian PKS di seluruh negara.

"Pendigitalisasian adalah elemen yang mustahak bagi kelestarian serta pemulihan ekonomi tempatan dan global.

"Jadi jika anda adalah pemilik perniagaan yang baru sahaja menyelusuri anjakan ini, maka ketahuilah bahawa kami memiliki alatan, teknologi serta individu yang dapat membantu anda mengambil langkah yang pertama dengan segera," katanya.

PKS boleh memanfaatkan jaringan solusi yang ditawarkan Kiple menerusi tiga langkah mudah iaitu cipta pautan pesanan untuk membolehkan pelanggan memilih barangan yang ingin dibeli.

Kemudian, muat naik barangan berkenaan di media sosial untuk dilihat, dipesan dan dibayar oleh pelanggan.

Akhir sekali, terima pesanan dan tawarkan pelanggan pelbagai jenis kaedah pembayaran untuk kemudahan mereka.

Solusi ditawarkan aplikasi Kiple yang bersifat komprehensif ini boleh diakses melalui komputer atau telefon pintar, menawarkan fleksibiliti dan kesenangan bagi peniaga untuk mengakses dan memantau perniagaan mereka pada bila-bila masa, di mana jua.

Selama 20 tahun di pasaran, Green Packet berjaya mewujudkan akses bagi inovasi-inovasi yang terbaik selama 20 tahun, memunasabahkan apa yang dianggap tidak munasabah.

Maklumat lanjut mengenai jaringan solusi Green Packet boleh didapati di 20years.greenpacket.com.

Berita Harian X