Rabu, 13 Januari 2021 | 8:21am
Love Local menjalin kerjasama dengan lebih 50 jenama tempatan - FOTO PETRONAS
Love Local menjalin kerjasama dengan lebih 50 jenama tempatan - FOTO PETRONAS

Love Local ajak pengguna belanja untuk Malaysia

SEJAK pandemik COVID-19 melanda negara, hampir semua sektor ekonomi dilapor terjejas teruk. Banyak perniagaan terpaksa gulung tikar dan ramai hilang punca pendapatan.

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, lebih 30,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terpaksa menutup operasi akibat pandemik.

Sektor pelancongan yang menjadi penyumbang ketiga terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut mencatat RM45 bilion kerugian pada separuh pertama tahun 2020.

Menyedari situasi kian mencabar sepanjang pandemik, kerajaan segera memperkenalkan pakej rangsangan bagi membantu perniagaan dan individu kekal berdaya tahan.

Selain itu, banyak syarikat turut serta membantu menawarkan pelbagai inisiatif kepada perniagaan tempatan, institusi kesihatan dan golongan terjejas. 

Kempen Love Local anjuran PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) antara yang menerima sambutan menggalakkan. Ia satu inisiatif untuk mendorong rakyat Malaysia membeli dan menyokong produk tempatan.

Perkenal jenama tempatan

Dilancarkan sejak September 2020, Love Local menjalin kerjasama dengan lebih 50 jenama tempatan merangkumi produk makanan dan minuman, kesihatan dan kecantikan serta hotel dan pelancongan.

Kempen ini juga sejajar dengan program PKS yang dilaksanakan PDB lebih 25 tahun, dengan penyertaan lebih 350 vendor tempatan di Kedai Mesra seluruh negara, menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman termasuk rangkaian baharu Makan@Mesra.

ImageAzrul Osman Rani - FOTO PETRONAS

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, Love Local bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kemampuan jenama tempatan, seperti PETRONAS, dalam menghasilkan produk berkualiti setanding jenama global. 

Pada masa sama, kempen ini dilihat mampu menyemai rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia dengan bakat dan kemampuan negara sekali gus mengajak mereka menjadi sebahagian penyumbang pemulihan ekonomi Malaysia.

"Sebagai jenama tempatan, kami bangga dengan kemampuan jenama dan sumber tempatan serta gembira mengetahui rangkaian produk PETRONAS seperti bahan api Primax menjadi pilihan utama rakyat Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, PDB baru-baru ini turut melancarkan bahan api terbaiknya, PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race, memberikan kuasa dan prestasi yang tiada tandingan. 

Tawaran istimewa

Bagi menyemarakkan lagi kempen Love Local, pelanggan berpeluang menikmati baucar diskaun istimewa daripada rakan kongsi dan vendor tempatan PDB.

Untuk menebus tawaran ini, anda hanya perlu berbelanja minimum RM30 untuk pembelian bahan api PETRONAS Primax dan Dynamic Diesel atau mana-mana barangan di Kedai Mesra seluruh negara. 

Pastikan anda memuat naik resit pembelian di www.lovelocal.com.my dan semak pelbagai tawaran menarik yang tersedia di seluruh negara. 

Platform ini membolehkan pelanggan menyemak tawaran istimewa mengikut lokasi terkini mereka. 

Pendek kata, tidak kira di mana anda berada, pasti ada sesuatu yang menarik menanti.

Sejajar dengan Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), rakyat Malaysia dijemput untuk sama-sama membeli produk tempatan di Kedai Mesra dan menyokong Love Local.

Setiap perbelanjaan rakyat bersama Love Local dapat membantu usahawan menjana lebih pendapatan sekali gus memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Love Local, layari www.lovelocal.com.my.

Berita Harian X