Isnin, 11 Januari 2021 | 9:50am
Lebih mudah PKS untuk beralih ke arah digital dengan inisiatif U Mobile Biz. - FOTO U Mobile
Lebih mudah PKS untuk beralih ke arah digital dengan inisiatif U Mobile Biz. - FOTO U Mobile

Ceburi perniagaan digital dalam norma baharu

BUAT anda yang bergelar peniaga sama ada baru memulakan perniagaan ataupun sudah mempunyai pengalaman, soalan yang sentiasa berlegar di fikiran pastinya cara untuk mengembangkan perniagaan.

Tanpa bimbingan, ilmu dan teknik bersaing di samping keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kekangan pandemik COVID-19, pasti membuatkan ramai usahawan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) garu kepala.

Membantu PKS mengembangkan perniagaan, U Mobile Biz tampil dengan beberapa inisiatif bagi memudahkan mereka beralih kepada digital dalam keadaan norma baharu.

Sebanyak empat inisiatif seperti GoBiz, GoOffice, P2P Business Financing dan GoAcademy  diperkenalkan, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri untuk manfaat PKS mengikut keperluan.

GoBiz adalah penyelesaian perniagaan semua dalam satu yang menyambungkan pembayaran digital dan servis pembiayaan lain untuk peniaga kecil dan individu.

Image

Dengan GoBiz, anda boleh menerima kaedah pembayaran lebih luas seperti e-dompet, kad Mastercard, UnionPay dan Visa, selain menerima aliran pendapatan tambahan melalui tawaran prabayar mudah alih, tambah nilai kredit permainan dan kemudahan pembayaran bil.

Hanya memerlukan masa tiga hari untuk permohonan, anda boleh menerima bayaran di mana-mana dan bila-bila masa sahaja dengan terminal jualan mudah alih (mPOS) yang disertakan ciri keselamatan tercanggih untuk transaksi selamat dan terkawal.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan GoBiz sebagai kaedah pembayaran untuk perniagaan e-dagang sebagai peniaga.

Image

Untuk anda yang mahu menyusun semula strategi perniagaan atau menguruskan vendor lebih mudah, GoOffice menawarkan data, perisian dan storan dalam talian dalam satu pakej.

Image

Nikmati data pantas dan panggilan tanpa had, data 'hotspot' sehingga 20GB dan pakej lengkap perisian Microsoft Office 365 Business seperti Outlook, Word, Excel, storan dalam talian 1TB yang boleh dikongsi sehingga 15 peranti untuk anda kekal produktif ketika bekerja.

Dengan GoOffice, PKS boleh meningkatkan kerjasama, tahap komunikasi, kecekapan aliran kerja dan menjaga hubungan biarpun ramai peniaga ketika ini menjalankan perniagaan dari rumah.Sebagai peniaga, masalah kewangan sentiasa membelenggu. Namun, sekiranya anda mempunyai lebihan bajet, ia boleh dijadikan dana untuk mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan.

Image

U Mobile Biz juga menyediakan P2P Business Financing kerjasama dengan Funding Societies yang menawarkan pembiayaan untuk manfaat PKS seperti mengekalkan aliran tunai dan sebagainya.

Permohonan P2P Business Financing hanya memerlukan dokumen ringkas, tanpa cagaran, tahanan jumlah pengekalan dan anda akan mendapat kelulusan dalam masa hanya 48 jam.

Hanya pastikan perniagaan berdaftar sebagai pemilik tunggal, perkongsian, syarikat persendirian berhad, syarikat awam terhad tidak tersenarai atau syarikat perkongsian liabiliti berhad dan anda mempunyai sekurang-kurangnya enam bulan transaksi bulanan aktif sebelum memohon P2P Business Financing.

Image

Dengan U Mobile Biz, PKS turut boleh menambah pengetahuan dan memperkuatkan perniagaan dengan bengkel serta latihan GoAcademy.

Masa depan perniagaan anda bermula hari ini. Dapatkan pakej mengikut keperluan anda daripada U Mobile Biz segera.

Layari www.u.com.my/business dan ikuti laman Facebook dan Instagram U Mobile Biz untuk tawaran terkini mereka.

Berita Harian X