Jumaat, 30 Jun 2017 | 7:49pm
KUALA LUMPUR 26 AUGUST. Ringgit Malaysia . STR/ Hafiz SohaimiHAFIZ SOHAIMI
KUALA LUMPUR 26 AUGUST. Ringgit Malaysia . STR/ Hafiz SohaimiHAFIZ SOHAIMI

Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen pasaran yang bercampur-campur, kata peniaga.

Pada 6 petang ini, unit tempatan itu tidak berubah pada paras 4.2920/2950 berbanding dolar AS.

Penganalisis Penyelidikan di firma FXTM, Lukman Otunuga berkata persekitaran makroekonomi di negara ini boleh mempengaruhi aliran kenaikan ringgit ketika dolar AS sebaliknya terus diasak tekanan berikutan penangguhan undian terhadap rang undang-undang penjagaan kesihatan pada Khamis yang hanya cenderung kepada prospek pengurangan cukai serta perbelanjaan infrastruktur.

"Kalangan pedagang berkemungkinan mengalihkan sebahagian tumpuan mereka terhadap keputusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama yang dijadual diumumkan hari ini yang boleh menjejaskan lagi dolar AS berkenaan," katanya.

Bagi perkembangan di peringkat tempatan, Bank Negara Malaysia berkata aliran masuk dana bukan pemastautin berjumlah RM12.1 bilion ke dalam pasaran kewangan Malaysia, meletakkan ringgit terus kekal sebagai mata wang mencatat prestasi terbaik di rantau ini pada Mei iaitu meningkat 1.7 peratus berbanding dolar AS.

Menurut bank pusat itu, pasaran ekuiti juga terus menerima aliran masuk dana bukan pemastautin sebanyak RM2 bilion pada Mei lalu.

"Sentimen itu disokong oleh pertumbuhan KDNK lebih kukuh daripada dijangkakan pada suku pertama 2017 dan prospek lebih baik untuk ringgit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lainnya, kecuali euro.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1181/1220 daripada 3.1115/1148 pada Khamis, turun berbanding pound Britain kepada 5.5757/5801 daripada 5.5654/5710 serta merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8328/8365 daripada 3.8175/8205.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.8963/8015 daripada 4.8980/8032 pada Khamis.

BERNAMA

Berita Harian X