Jumaat, 7 April 2017 | 8:15am

Langkah Fed uji daya tahan ekonomi AS

WASHINGTON/NEW YORK: Keputusan yang bakal dibuat Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengurangkan pegangan asetnya akan mencetuskan kedudukan yang rumit kepada pelabur global dan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Ia dibuat sebagai mengakhiri dasar yang digunakan bagi menangani krisis kewangan 2007 tanpa menjejaskan ekonomi sepanjangnya.

Keputusan itu juga tidak pernah berlaku sebelum ini, demikian menurut penganalisis dan pegawai yang terbabit dalam proses berkenaan.

Ia berlaku apabila bank pusat cuma mengurangkan bertrilion dolar daripada pasaran yang disokongnya selama sedekad dan di dalam proses itu, ia berkemungkinan menaikkan kos pembelian rumah, kewangan korporat dan pelbagai aktiviti ekonomi lain.

Walaupun keputusan akhir masih belum dibuat, Fed mungkin mengubah dasar seawal akhir tahun ini dan sepanjang 2018 akan mula mengeluarkan antara AS$20 bilion hingga AS$60 bilion sebulan dari pasaran bon, menurut semakan pegangan aset semasa bank pusat itu.  

Selama beberapa tahun sepanjang krisis, Fed menambah pegangan bon Perbendaharaan AS dan sekuriti disokong oleh pinjaman gadai janji sehingga AS$85 bilion sebulan sebelum program diperlahankan. - Reuters

Berita Harian X