Khamis, 19 Januari 2017 | 10:26am
SAHAM di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat dasar monetari BNM petang ini, kata peniaga. - Foto hiasan
SAHAM di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat dasar monetari BNM petang ini, kata peniaga. - Foto hiasan

Mesyuarat BNM pengaruhi dagangan Bursa Malaysia hari ini

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) petang ini, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada 2.84 mata lebih tinggi pada 1.662.18, selepas dibuka 1.88 mata lebih tinggi pada 1,666.9.

Indeks, bagaimanapun ditutup lebih tinggi pada 1,665.02 semalam.

"Sokongan segera daripada purata pergerakan 200-hari pada 1,660 sudah dicapai semula, manakala rintangan kekal pada 1,676," kata seorang peniaga.

Indeks FBM Emas berada 10.56 mata lebih rendah pada 11,669.87, Indeks FBMT100 susut 13.479 mata kepada 11,369.03 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 0.229 mata kepada 12,171.98.

FBM 70 menokok 6.681 mata kepada 13,400.03 dan FBM Ace meningkat 20.26 mata kepada 5,037.88.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 1.34 mata kepada 7,908.18 dan Indeks Perindustrian menambah 2.51 mata kepada 3,142.04, manakala Indeks Kewangan jatuh 42.43 mata kepada 14,692.4.

Dalam kalangan saham mewah, Maybank kehilangan tiga sen kepada RM8.18, TNB merosot dua sen kepada RM13.88, Public Bank susut lapan sen kepada RM20, Sime Darby jatuh satu sen kepada RM8.51 dan Petronas Chemicals empat sen lebih rendah kepada RM7.16.

Dalam kalangan saham cergas, Diversified Gateway naik satu sen kepada lima sen, IFCA MSC dan JAC masing-masing meningkat setengah sen kepada 44 sen dan 13 sen manakala SILK Holdings menokok 4.5 sen kepada 45 sen.

Green Packet tidak berubah pada 27 sen.

UMW Oil and Gas, yang ditutup 88.5 sen semalam, digantung daripada 9 pagi ini menunggu satu pengumuman.

Kaunter untung mengatasi rugi 161 berbanding 111 dengan 209 kaunter tidak berubah, 1,260 tidak diniagakan dan 37 lagi digantung.

Perolehan mencecah 220.33 juta saham bernilai RM87.73 juta. - BERNAMA

Berita Harian X